Pada hari
ini 27.6 dalam tahun 1961,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan Persidangan Kawat Negara
Komanwel Asia Tenggara. Persidangan yang
berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur ini yang turut dihadiri
oleh dua belas buah negara anggota telah dipengerusikan oleh Menteri Kerja
raya, Pos dan Telekom, Encik V.T Sambanthan. Ketika berucap dalam majlis
perasmian tersebut Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa Persekutuan Tanah
Melayu sentiasa berusaha untuk mengadakan serta mengeratkan perhubungan
persahabatan dikalangan negara-negara anggota Komanwel, bahkan juga dengan
negara-negara lain juga. Pada majlis
yang sama juga Tunku juga telah mengumumkan bahawa perhubungan telefon
secara terus di antara Persekutuan Tanah Melayu
dan Thailand akan diadakan dengan
kos perbelanjaan sebanyak lapan ratus juta ringgit. Sesungguhnya,
Sidang Kawat Negara-Negara
Komanwel Asia Tenggara yang diadakan
pada hari ini
telah memberikan harapan
yang positif ke arah hubungan
yang lebih kukuh
dikalangan negara anggota
serta menyumbang kepada mengekalkan keamanan
dan kemerdekaan negara.
SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment