2014/07/01 - 04:56:37 AM Cetak
Emel Kawan
PERTAHANAN Jerman, Per
Mertesacker (kiri) bersaing dengan penyerang Algeria, Islam Slimani pada aksi
Piala Dunia 2014 di Stadium Estadio Beira-Rio di Porto Alegre, sebentar tadi. -
Foto AFP
PORTO ALEGRE: Juara dunia tiga
kali, Jerman dipaksa bekerja keras oleh Algeria sepanjang babak pertama
perlawanan pusingan dua di Stadium Beira-Rio, sebentar tadi menyaksikan
perlawanan berakhir 0-0 pada 45 minit pertama.
Hadir selaku juara kumpulan,
Jerman begitupun lebih banyak diasak Algeria yang terlebih dulu mencipta
peluang seawal minit ke-8 selepas menggunakan kesilapan Shkodran Mustafi namun
larian menarik Islam Slimani berjaya dipatahkan Manuel Neuer.
Seakan tersentak dengan gerakan
menarik Algeria, Jerman menambah tekanan dan berhasil mencipta peluang namun
cubaan Bastian Schweinsteiger beberapa minit kemudian berjaya dihalang Rais
M’bolhi.
Gawang Neuer begitupun bocor
pada minit ke-16 namun tandukan Slimani hasil hantaran Sofiane Feghouli
dibatalkan akibat ofsaid dan cubaan Mesut Ozil untuk Jerman dengan satu sepakan
chip berjaya ditepis M’bolhi pada minit ke-23.
Pada minit ke-40, Jerman sekali
lagi memperoleh peluang terbaik apabila Toni Kroos berjaya melepaskan rembatan
padu ke gawang Algeria yang gagal ditangkap kemas M’bolhi namun gerakan susulan
oleh Mario Goetze mudah dipatahkan.
Jerman tumbang dalam dua
perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang
berakhir dengan keputusan 2-1.
Pemenang perlawanan ini akan
menempah aksi suku akhir menentang Perancis. - Agensi
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014
No comments:
Post a Comment