PORTO ALEGRE, Brazil 1 Julai -
Juara tiga kali, Jerman diheret dalam permainan masa tambahan dan dipaksa
berhempas pulas sebelum melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan
menyingkirkan Algeria 2-1, sebentar tadi.
Pemain gantian, Andre Schuerrle
menjadi inspirasi Jerman apabila membuka jaringan pasukannya pada minit ke-92,
sebelum Mezut Ozil menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-120.
Walaupun ketinggalan dua gol
ketika wisel penamat hampir ditiupkan, Algeria tetap menunjukkan semangat juang
tinggi dengan merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Abdelmoumene Djabou, seminit
memasuki waktu kecederaan masa tambahan.
Namun begitu, kebangkitan yang
cuba dilakukan oleh wakil Afrika itu sudah terlalu lewat dan mereka akhirnya
tersingkir dengan penuh bermaruah.
Jerman kini bakal berdepan satu
lagi gergasi Eropah, Perancis pada suku akhir di Rio de Janeiro, Sabtu ini. -
AGENSI
SUMBER-Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140701/sl_18/Jerman-cemas-sebelum-ke-suku-akhir#ixzz36DHWOpde
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment