Ad

Friday 18 August 2017

Malaysia 'malapkan' peluang Singapura

16 Ogos 2017 10:56 PM
 bola sepak
SHAH ALAM 16 Ogos - Biarpun terlebih dahulu ketinggalan satu gol namun atas semangat juang yang tinggi skuad bawah 22 (B-22) negara wajar diberikan pujian apabila berjaya menumpaskan seteru utama, Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam hari ini.

Kekalahan kedua Singapura ini bermaksud peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya kelihatan malap.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Singapura mendahului melalui gol jaringan Mohd. Amiruldin pada minit ke-38.

Bagaikan tersentak, pasukan Malaysia mula menggandakan serangan pada separuh masa kedua dan berjaya menghasilkan kemenangan menerusi gol-gol jaringan Mohd. Nor Azam Abdul Azim (min. 67) dan N. Thanabalan (min. 73).

Sementara itu, Myanmar mengalahkan Laos 3-1 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A. - UTUSAN ONLINE

SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-malapkan-peluang-singapura-1.515838#ixzz4q7SuUTF8
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment