MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD (kanan)
mengawal bola sambil dicabar pemain Brunei, Md. Haziq Kasyful Azim dalam perlawanan
pembukaan Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Fadhilul Izmel Ishak
16 Ogos 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 15 Ogos -
Penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara, Syafiq Ahmad mengakui, penyudah tumpul
menjadi punca dia dan rakan-rakan sepasukannya gagal memburu lebih banyak gol
biarpun dihidangkan banyak peluang.
Jelas pemain Kedah itu,
pasukannya tidak mengambil mudah perlawanan tersebut, namun keghairahan mereka
memburu gol menyebabkan pertahanan leka sehingga membenarkan Brunei menyamakan
kedudukan.
“Persembahan keseluruhan
menunjukkan kami boleh memberi saingan dengan baik, namun daripada segi penyudah
nampak kurang menyerlah. Ini adalah perkara yang perlu diberi tumpuan apabila
bertemu Singapura.
“Banyak perkara yang perlu
diperbaiki dan apa yang penting kami perlu tingkatkan lagi penyudah.
“Kita ambil perkara itu
daripada sudut positif. Kita akan cuba lakukan dengan lebih baik untuk
perlawanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium
Shah Alam semalam.
Dalam perlawanan itu, kedua-dua
gol Malaysia dijaringkan Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin manakala gol tunggal
lawan diperoleh menerusi Mohamed Zulkhairy Hady Razali.
Sementara itu, Safawi
menyifatkan persembahannya belum memuaskan biarpun berjaya muncul wira dengan
meledak gol pembukaan dan mencipta gerakan gol kedua.
“Alhamdulillah dapat tiga mata
malam ini (semalam) dan dengan jaringan tersebut saya dapat membantu pasukan
mendapatkan kemenangan.
“Pada babak pertama kami kurang
memberangsangkan dan selepas separuh masa kedua kami berjaya tingkatkan lagi
usaha.
“Kami bukan mengejar gol yang
banyak tetapi peluang yang ada gagal diterjemahkan. Apa yang penting kami dapat
curi tiga mata berharga,” katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jauh-daripada-meyakinkan-1.515408#ixzz4q7Z3R7gc
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment