Ad

Monday, 28 August 2017

KL2017: Ibu Thana harap penyerang penuhi impian

Isnin, 28 Ogos 2017 | 6:10pm
 
IBU kepada penyerang skuad bola sepak negara, N.Thanabalan,V. Thirusundari berharap anaknya boleh bermain lebih baik pada final nanti. - Foto Iqmal Haqim Rosman
KL2017: Ibu Thana harap penyerang penuhi impian
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: "Saya berharap dia boleh bermain lebih baik pada final nanti."

Itu harapan yang disuarakan V Thirusundari, ibu kepada penyerang muda negara N Thanabalan menjelang perlawanan akhir menentang Thailand di Stadium Shah Alam, malam esok.

Katanya, sebagai ibu beliau sentiasa memberi sokongan kepada anaknya itu supaya tidak tertekan dengan harapan tinggi rakyat Malaysia terhadap skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara untuk meraih emas di laman sendiri.

"Saya tidak tahu sangat pasal bola sepak, selalu suami saya (S Nadarajah) yang selalu bercerita tentang bola sepak kepada saya. Saya tahu Thana (Thanabalan) suka bermain bola sepak dan kami sekeluarga tidak ada halangan.

"Bila pasukan Malaysia layak ke final, kami semua gembira, tak kisah siapa yang jaringkan gol, janji Malaysia menang," katanya.

Thirusundari, 52, buat pertama kali hadir menyaksikan Thanabalan beraksi di Stadium Shah Alam ketika perlawanan separuh akhir dengan Indonesia, kelmarin.

Ternyata kehadirannya ditemani ahli keluarga dari Seremban itu berbaloi apabila anaknya berjaya menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Indonesia untuk membawa Malaysia ke pentas akhir, selepas kali terakhir melakukannya ketika muncul juara di Jakarta 2011.

"Saya tak biasa ke stadium, tapi kali ini saya mahu beri semangat kepada Thana. Saya gembira dia jaringkan gol tapi paling gembira sudah pasti ayah Thana," katanya yang merancang untuk datang ke stadium untuk menyaksikan final itu.

Thirusundari sudah tidak bekerja kerana menguruskan suaminya yang terbabit dalam satu kemalangan pada 2013 sehingga mengakibatkannya lumpuh separuh badan.

Katanya, dia percaya Thanabalan yang kini bertanggung jawab menyara keluarga tidak akan lupa diri biarpun kini menjadi perhatian ramai.

"Saya tahu dia tak 'action' (berlagak), sebab kalau dia jaringkan gol pun dia tak akan beritahu saya. Saya selalu nasihatkan dia supaya jangan leka, kerja kuat lagi. Dia anak yang baik walaupun nakal sikit," katanya sambil tersenyum.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Isnin, 28 Ogos 2017 | 6:10pm

No comments:

Post a Comment