Bola sukan sea
Pasukan B-22 kebangsaan sejurus
perlawanan menentang Brunei yang berakhir dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah
ALam di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK LATIF
SHAH ALAM 14 Ogos - Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya skuad bawah-22 (B-22) kebangsaan
mampu melepasi peringkat kumpulan selepas menyaksikan pasukan bimbingan Datuk
Ong Kim Swee melakar kemenangan 2-1 ke atas Brunei di Stadium Shah Alam malam
tadi.
Khairy berkata, pada aksi
tersebut pasukan B-22 negara mampu menghasilkan lebih banyak gol namun
ketumpulan penyudah menjadi penghalang.
"Kita berjaya mendapatkan
tiga mata pada hari ini, bagaimanapun saya fikir kita patut boleh menang lagi
banyak gol.
"Bagaimanapun, tidak
mengapa kerana apa yang penting adalah kita berjaya mendapatkan tiga mata
pertama.
"Saya percaya skuad B-22
negara mampu menghasilkan jumlah jaringan lebih banyak berdasarkan peluang yang
dimiliki namun penyudah kita tumpul. Saya percaya pasukan ini ada
potensi," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di sini hari ini.
Dalam perlawanan tersebut skuad
B-22 negara berjaya melakar kemenangan hasil jaringan Safawi Rasid pada minit
keempat dan Adam Nor Azlin pada minit ke-60. Gol tunggal Brunei dijaringkan
oleh Mohamed Zulkhairy Hady Razali pada minit ke-12.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/bola-sepak-mampu-lepasi-peringkat-kumpulan-kj-1.515051#ixzz4pp1v0aPW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment