N. Thanabalan (kiri) diraikan
rakan sepasukan selepas berjaya menjaringkan gol ketiga Malaysia menentang
Myanmar dalam perlawanan bolasepak sukan SEA ke-29 di Stadium Shah Alam di sini
hari ini.-UTUSAN/ MOHD NAIM AZIZ
21 Ogos 2017 11:46 PM
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangga dengan kejayaan skuad bawah 22
(B-22) negara menewaskan Myanmar 3-1 dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA 2017 di
Stadium Shah Alam hari ini.
“Kita beroleh kemenangan yang
ketiga! Hebat skuad bola sepak kita ! #BangkitBersama #Kebanggaanku #KL2017,”
katanya menerusi status di Twitter hari ini.
Turut sama mengucapkan tahniah
adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Tahniah atlet-atlet negara
tambah pingat emas buat negara. Tahniah pasukan bola sepak menang 3-1. Ayuh
Malaysiaku terus #BangkitBersama #KL2017,” katanya.
Dua jaringan pantas yang
dicipta Malaysia sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik negara
apabila menundukkan Myanmar 3-1.
Kemenangan itu juga bermakna
peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk merampas kedudukan pendahulu
kumpulan yang ketika ini dipegang oleh Myanmar mampu dilakukan kerana Malaysia
masih mempunyai baki satu perlawanan iaitu menentang Laos di venue yang sama pada
Rabu ini manakala skuad kendalian Gerd Zeise sudah pun mengharungi empat
perlawanan. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sukan-sea-pm-bangga-pencapaian-skuad-bola-sepak-1.517664#ixzz4qTKUtjEd
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment