PARA pemain muda negara
meraikan kemenangan setelah menewaskan Myanmar 3-1 pada aksi Kumpulan A di
Stadium Shah Alam malam tadi.
TIGA mata, tiga gol. Tiada
pencapaian lebih membanggakan buat skuad Projek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
(KL2017) apabila melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila menundukkan
pendahulu Kumpulan A, pasukan bawah 23 tahun (B-23) Myanmar 3-1 dalam aksi
ketiga di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Keputusan itu sekali gus
mencerahkan peluang buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merampas status
pendahulu Kumpulan A milik Myanmar apabila masih memiliki baki satu perlawanan
bertemu Laos esok.
Pasukan remaja negara hanya
perlu mengutip satu mata bertemu Laos, manakala Myanmar yang meraih sembilan
mata sepanjang empat perlawanan perlu mengharapkan simpati pasukan bimbingan
Mike Wong melakarkan kejutan ke atas Harimau Muda.
Dalam aksi separuh masa
pertama, skuad negara turun mempamerkan persembahan lebih tersusun sambil
mengatur gerak menyerang kubu benteng pertahanan Myanmar.
Peluang terbaik negara
mendahului perlawanan menerusi Syazwan Andik tetapi sepakan percuma pemain muda
Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu berjaya ditepis penjaga gol Myanmar, Sann
Sat Naing pada minit ke-23.
Saat yang dinanti-nantikan
puluhan ribu penyokong Harimau Muda akhirnya tiba apabila peledak sensasi
negara, N. Thanabalan membuka tirai jaringan pada minit ke-33.
Berselang seminit kemudian,
skuad Projek KL2017 terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan pasukan
bimbingan Gerd Zeise apabila giliran Safawi Rasid melakar nama selaku penjaring
kedua apabila bijak memanfaatkan hantaran S. Kumaahran.
Bersambung di babak kedua
Thanabalan menambah derita pasukan lawan apabila menjaringkan gol ketiga pada
minit ke-82.
Myanmar yang enggan berputus
asa untuk memburu gol akhirnya menemui jaringan pertama perlawanan menerusi
pemain gantian, Than Paing pada minit ke-86.
Namun, kebangkitan lewat
Myanmar gagal mengubah kedudukan apabila keputusan 3-1 kekal sehingga tamat
perlawanan
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4qU25H4BG
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment