31 Ogos 2017
Najib isytihar cuti umum 4 Sept
Najib mengisytiharkan penutupan
rasmi Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto
Bernama
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan Isnin 4 September ini
sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan
SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).
“Bukan senang nak bagi
cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak
cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang
kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang,
“Maka dengan ini bagi pihak
kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept,” katanya semasa berucap pada
majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang
berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi KL2017.
Pengisytiharan itu
disambut sorakan kegembiraan oleh ribuan
penonton di stadium tersebut.
Sementara itu, Najib, dalam
kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu
sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam
menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.
Ia juga, kata perdana menteri,
sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan seluruh rakyat
Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.
Menurutnya, pengisytiharan cuti
itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi Sabah dan Sarawak ia
diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Malaysia muncul juara
keseluruhan edisi temaya ke-29 sukan serantau itu dengan kutipan 145 pingat
emas, 92 perak dan 86 gangsa. - Bernama
sumber-sinar harian online
31 Ogos 2017
31 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment