Selasa, 29 Ogos 2017 | 2:09pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) menyerahkan watikah lembu korban kepada
wakil ahli jawatankuasa Masjid Al Fatah Sungai Nipah Darat Rungkup di Majlis
Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidil Adha di Dewan Datuk Mohamed
Jamrah, Parit 7, Sungai Sumun Bagan Datok. - Foto L.Manimaran
KL2017: TPM ramal Malaysia
menang 1-0
BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi tidak terkecuali menyertai majoriti rakyat Malaysia dalam
membuat telahan peluang pasukan bola sepak negara merebut pingat emas Sukan SEA
Kuala Lumpur 2017.
Di tengah-tengah kesibukannya
berkunjung ke sini dan menyertai majlis, Timbalan Perdana Menteri meramalkan
pasukan kebangsaan akan menang 1-0 menentang skuad Thailand pada perlawanan
akhir malam ini.
Beliau berkata, walaupun
pasukan negara kini kuat, namun kehebatan pasukan lawan selaku juara bertahan
tidak boleh dipandang ringan.
"Mutu permainan mereka
(Thailand) bagus dan mereka juga sama kuat.
"Saya doakan agar pasukan
kita menang dan ramalan saya kita akan berjaya mengalahkan Thailand
sekurang-kurangnya 1-0," katanya kepada pemberita selepas majlis
Penyerahan Lembu Korban Aidiladha 1438H kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini,
hari ini.
Perebutan yang dianggap ibu
segala pingat temasya KL2017 itu dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam
pukul 8.45 malam ini.
Ahmad Zahid menjangkakan
perlawanan itu bakal berlangsung dalam keadaan sengit, namun kelebihan Malaysia
adalah bermain di padang sendiri, maka beliau meminta semua rakyat Malaysia
supaya memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.
Bernama
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa,
29 Ogos 2017 | 2:09pm
No comments:
Post a Comment