l.l.l
Raja
Sistem
beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah
di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam
menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand menggunakan gelaran
Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai ketua
pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara,menggubal
undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau
maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susun lapis
masyarakat.
Sistem
raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk memelihara keamanan, mengekalkan
kemerdekaan, dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi
Raja di Vietnam
Konsep raja
Berbanding dengan pemerintah di Thailand,
pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Sistem maharaja di Vietnam
agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di Tanah Besar China. Ini
disebabkan kedudukan Vietnam yang berdekatan dengan China. Antara tahun III
S.M. sehingga 939 Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China.
Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan,
falsafah, dan ciri-ciri sosiopolitik China.
Hubungan dan pengaruh China amat jelas
dalam institusi pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking
apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai contoh, pemerintah dari
keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja
Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor
pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi. Hubungan Vietnam-China
berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun
1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan
apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.Vietnam menggunakan model
pemerintahan China. Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga
dan amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi kemaharajaan
Vietnam.
Peranan Maharaja
Politik
Raja
merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan
keagamaan. Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja
mempunyai sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja
dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah
negara.
Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat
diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam
bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan
lain-lain hal berkaitan pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja
memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat yang kukuh.
Maharaja berada di puncak pentadbiran
dan menjadi tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkan
sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak
dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang
boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
Mentadbir dengan bantuan pembesar di
peringkat pusat, daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja
dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi
mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep model China, rakyat memberi
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja dan maharaja harus
memerintah masyarakat dengan adil dan saksama.
Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam
sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan
Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang
menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada maharaja
berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan
mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar negara. Ini akan
menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak kekuasaan.
EKONOMI
Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan
pertanian, tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan.
Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan. Menduduki hierarki
teratas dalam susun lapis masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat
dalam masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan
sangha Buddha.
SOSIAL
Menentukan kehidupan rakyat berada dalam
keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.Memainkan
peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa
maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada
rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota negara China ke Asia
Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama maharaja ialah terhadap bandar Hue.
Bangunan utama di bandar Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk
seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan, Bandar Diraja, dan
Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi lokasi dan narna ditiru daripada
bandar Peking. Misalnya, pintu gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar
Larangan diberi nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngd Mon.Pemberian nama tersebut
bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia yang memiliki martabat yang
tinggi di dunia.
KONSEP RAJA DI THAILAND
Raja-raja
Thailand berasal dari Dinasti Chakri y.ang menggunakan gelaran Rama. Raja-raja Chakri
memegang konsep raja berasaskan ajaran agama Buddha Theravada. Mengikut ajaran
ini, hak seseorang berasaskan akhlak dan kebolehan peribadinya. Seorang calon
yang ingin menaiki takhta kerajaan Thailand tidak semestinya berasal dari
dinasti yang pernah memerintah.
Seorang calon yang memaparkan kuasa
akhlak dan kebolehan peribadi yang luar biasa boleh menaiki takhta. |ika
terdapat pemimpin lain yang memiliki kuasa akhlak yang lebih tinggi, maka
pemimpin tersebut berhak menaiki takhta secara sah menggantikan raja yang
sedang memerintah. Di Thailand, raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh.
Raja-raja Thailand menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yan Tuan Tanah) dan Chao
Chiwit (Yam Tuan Nyawa).
Raja dianggap suci dan memerintah
berdasarkan konsep dharma-raja dan perlu menghayati serta melakukan perlakuan
yang baik supaya dicontohi rakyat. Konsep dharma-raja menjadi asas ikatan
antara raja dengan ralryat. Raja yang memegang kepada konsep tersebut dapat
memerintah dengan berkesan serta berjaya mengekalkan keamanan di istana. Terdapat
kepercayaan rakyat bahawa raja merupakan jelmaan dewa (dewaraja). Konsep ini
meningkatkan martabat dan kedudukan raja ke status yang tinggi dan istimewa.
Rakyat tidakboleh melihat wajah raja. Adat menyembah. secara bersujud atau
meniarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Rakyat mesti merangkak masuk dan
meniarap. Apabila rombongan raja sampai di sesuatu kawasan, rakyat mesti
melarikan diri atau berada dalam keadaan meniarap.
Simbol kebesaran raja Thailand dapat
dilihat dari segi pemilikan binatang suci, iaitu gajah putih. Gajah putih
dianggap sebagai tunggangan raja. Gajah putih merupakan simbol kedaulatan
sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang dipercayai ada pada
gajah putih. Rakyat dilarang mengganggu atau menggunakan gajah putih. Sesiapa
yang ingkar akan ditangkap dan dihukum. Sesiapa yang dapat menangkap dan menyerah
gajah putih akan menerima hadiah daripada raja.
Demi memperkukuhkan kedaulatan raja,
Brahmin dilantik sebagai penasihat agama. Abad ke-19 merupakan tempoh
kuasa-kuasa Barat meluaskan pengaruh mereka di fhailand. Thailand telah
terdedah kepada unsur Barat sejak termeterainya Perjanjian Bowring pada tahun
1855. Perjanjian ini membuktikan bahawa raja Thailand, iaitu Raja Mongkut telah
membuat perubahan terhadap konsep raja.
Raja Mongkut masih mempunyai kuasa mutlak tetapi bersikap agak liberal terhadap kuasa Barat demi memelihara kemerdekaan negara. Begitu juga dengan Raja Chulalongkorn yang masih terikat kepada tradisi sistem beraja mutlak tetapi demi kemerdekaan negara, beliau telah memperkenalkan pemodenan.
No comments:
Post a Comment