Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
NALURI pemusnah dimiliki
penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara N Thanabalan bakal menjadi senjata
utama untuk merobek gawang Thailand pada pertembungan final di Stadium Shah
Alam, Selasa ini.
Dia sentiasa berada tepat pada
masanya di dalam kotak penalti untuk meledak gol.
Namun bisa sebenar dimiliki
Thanabalan adalah tandukannya seperti dilakukan ketika menjaringkan gol tunggal
kemenangan ke atas Indonesia pada aksi separuh akhir semalam.
Malah ia adalah gol ketiga
menerusi tandukan daripada empat gol keseluruhan dalam kempen kali ini.
Pemain berusia 22 tahun dari
Seremban itu mengakui kemahiran tandukannya lebih baik berbanding jaringan
menerusi sepakan hasil latihan menanduk bola ke dinding ketika di rumah.
“Saya memang suka menjaringkan
gol dengan tandukan sejak bermain bola sepak sesama kecil lagi.
“Memang jaringan tandukan saya
lebih baik daripada sepakan.
Saya belajar menanduk bola
daripada bapa (S Nadarajah) dan jurulatih Khalid Shahdan serta beberapa
jurulatih lain.
“Bila di rumah, saya suka-suka
berlatih menanduk bola ke dinding,” katanya.
Bagaimanapun, Thanabalan
mengakui tanpa bantuan rakan sepasukan, dia tidak akan berpeluang menjaringkan
gol.
“Saya perlu berterima kasih
kepada rakan sepasukan, kalau mereka tidak melakukan hantaran yang baik,
menyukarkan saya menjaringkan gol,” jelasnya.
Mengulas pertemuan dengan
Thailand, pemain FELCRA FC itu sedar mereka perlu lebih berhati-hati.
“Kita kena fokus bertemu
Thailand, tak boleh leka, kena berjuang habis-habisan. Kita sudah layak ke
final jadi jangan sia-siakan peluang ini.
“Kita kalah kepada Thailand 3-0
pada kelayakan AFC (B-23) di Bangkok bulan lalu, jadi ini peluang untuk menebus
kekecewaan itu,” kata Thanabalan.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 8:41 PM
No comments:
Post a Comment