Kim Swee sedia rombak skuad
18 Ogos 2017 3:22 AM
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Datuk
Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan merombak lagi kesebelasan utamanya untuk
menghadapi Myanmar, yang dilihat sebagai pencabar terkuat mereka untuk
perebutan juara Kumpulan A bola sepak lelaki Sukan SEA.
Myanmar kini menerajui kumpulan
selepas dua perlawanan berbekalkan kelebihan jaringan ke atas Malaysia setelah
masing-masing mengumpul enam mata.
Jurulatih skuad bawah 22 tahun
negara itu membuat percaturan berani dengan mengubah senarai pemain di hampir
kebanyakan posisi ketika menang 2-1 ke atas Singapura malam tadi dengan dua
pemain gantian Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan N. Thanabalan menjaringkan gol
pada babak kedua.
Kim Swee sebelum itu
menyenaraikan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli,
Jafri Firdaus Chew di bahagian serangan selain membuat perubahan di beberapa
posisi lain.
“Jika lihat statistik menentang
Brunei, penjaga gol Ifwat (Akmal Chek Kassim) melepaskan satu gol dengan sekali
percubaan dan pada malam ini (malam tadi) saya tidak pasti berapa banyak
percubaan yang dilakukan Singapura dan mereka berjaya mendapatkan satu gol.
“Saya lihat Ifwat dan Haziq
tiada banyak perbezaan kerana mereka berada di tahap yang sama. Memang saya
menukar kesebelasan utama dan itu memberi petanda bahawa setiap pemain perlu
bersaing untuk merebut tempat. Mungkin untuk perlawanan seterusnya, kesebelasan
utama akan bertukar lagi,” katanya.
Percaturan Kim Swee melakukan
dua pertukaran pada awal babak kedua perlawanan malam tadi membuahkan hasil
apabila skuadnya berjaya bangkit pada babak kedua untuk menewaskan Singapura
2-1.
Muhamad Nor Azam dan Thanabalan
menjaringkan gol, masing-masing pada minit ke-67 dan minit ke-73, untuk memadam
kelebihan Singapura hasil jaringan Muhammad Amiruldin Muhammad Nodin pada minit
ke-37.
Kemenangan itu mencerahkan
peluang skuad negara untuk ke separuh akhir, tetapi Kim Swee enggan berasa
terlalu yakin.
“Kita belum sampai sana lagi
(separuh akhir) tetapi kita semakin menghampirinya. Sudah pasti kami perlu
menewaskan Myanmar untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir,” katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kim-swee-sedia-rombak-skuad-1.516190#ixzz4q72s49Yq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment