HM Digital
Kuala Lumpur: N Thanabalan dan
rakan sepasukan sedia untuk mengakhiri dominasi Thailand dalam kancah Sukan
SEA.
“Saya fikir mereka tidak serius
dalam menganggap kami sebagai pencabar. Penyerang Thailand Sittichok Kannoo
memberitahu media yang Indonesia lebih baik daripada Malaysia.
“Kenyataan itu membuatkan kami
marah. Kami mahu membuktikan sesuatu dengan menewaskan mereka.
“Mungkin Thailand anggap yang
Malaysia bukan lawan sebenar selepas mereka menang 3-0 di Bangkok bulan lalu
(pusingan kelayakan bawah 23 tahun AFC). Pemain Thailand memang cergas dan
laju, tapi saya percaya kami boleh menyaingi mereka.
“Semua pemain fokus terhadap
kempen ini. Kemenangan ke atas Indonesia sudah menjadi sejarah. Sekarang kami
perlu menyediakan diri untuk final dan menang emas. Perkara paling penting,
kami mesti memanfaatkan setiap peluang,” katanya.
Thanabalan akan mempunyai
penyuntik semangat apabila beraksi di final esok apabila ayahnya, S Nadarajah
yang lumpuh berikutan nahas jalan raya pada 2013, akan turut berada di Stadium
Shah Alam untuk memberikan sokongan.
“Bapa saya memberitahu hanya
akan datang melihat saya bermain jika Malaysia masuk final. Ayah akan
menggunakan kerusi roda nanti untuk berada di stadium,” kata Thanabalan.
SUMBER=Artikel ini disiarkan
pada : Isnin, 28 Ogos 2017 @ 1:05 PM
No comments:
Post a Comment