Ad

Saturday, 5 August 2017

Jambatan rentas laut terpanjang dunia

Daily Mail 
SELEPAS tujuh tahun pembinaan, jambatan merentas laut terpanjang di dunia akan dibuka hujung tahun ini, menghubungkan Hong Kong, Zhuhai and Macao.

Jambatan sepanjang 54.7 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang.
Ketika pembinaan pada 2015. - Foto Daily Mail

Pengarah biro yang mengendalikan jambatan itu, Zhu Yongling, mengesahkan jambatan berkenaan yang menggunakan 420,000 tan keluli, cukup untuk membina 60 Menara Eiffel , akan dibuka hujung tahun ini.
  
Jambatan ini memendekkan perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang. - Foto Daily Mail

Pembinaan jambatan itu yang menelan belanja HK$112 bilion (£12 billion) itu tetap ada masalah, termasuk tujuh pekerja maut dan 129 cedera sejak pembinaan bermula pada 2011. Kebanyakan kemalangan itu tergelincir dan terjatuh dari tempat tinggi.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 9:25 PM

No comments:

Post a Comment