Jumaat, 25 Ogos 2017 | 4:52pm
KAPTEN skuad B-22 negara, Adib
Zainudin (kiri) mahu memastikan Indonesia tidak sewenang-wenangnya menembusi
pertahanan mereka dalam pertemuan separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam
esok. - Foto Luqman Hakim Zubir
KL2017: Kami di tahap terbaik
jumpa Indonesia - Adib
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
PETALING JAYA: "Kami tak
mahu bolos!
Itu tekad kapten skuad bawah 22
tahun (B-22) negara, Adib Zainudin yang mahu memastikan Indonesia tidak
sewenang-wenangnya menembusi pertahanan mereka dalam pertemuan separuh akhir di
Stadium Shah Alam, malam esok.
Malaysia mencatat rekod bersih
empat kemenangan berturut-turut untuk mara ke separuh akhir selaku juara
kumpulan A, namun mereka gagal mempertahankan kubu daripada dibolosi dalam
semua perlawanan itu.
Malah gol yang dibolosi ketika
menang 2-1 dengan Brunei dan Singapura serta menang 3-1 ke atas Myanmar dan
Laos adalah kesilapan pemain sendiri.
Bagi Adib yang bakal bertindak
sebagai pemain pertahanan bersama Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin mahu agar
mereka lebih fokus kali ini.
"Ini perlawanan lebih
sukar, saya dan rakan-rakan yang lain perlu elak daripada melakukan kesilapan
mudah. Kita kena bekerja keras untuk memastikan gawang kita tidak dibolosi.
"Pemain sekarang berada di
tahap terbaik dan saya percaya siapa saja yang akan diturunkan sudah bersedia
untuk menggalas tanggung jawab masing-masing," katanya.
Adib, 22, yang kini mewakili
kelab FELCRA FC antara tonggak ketika menewaskan Indonesia 3-0 di kelayakan
Kejohanan AFB B-23 di Bangkok bulan lalu dan dia tahu ancaman yang boleh
diberikan oleh pasukan lawan itu.
"Mereka mempunyai penyerang
yang bagus dari segi fizikal, dan bahagian sayap kiri dan kanan juga perlu
diawasi. Kita hanya perlu mengikut taktikal yang diberikan oleh jurulatih
(Datuk Ong Kim Swee) dan saya percaya kita ada peluang untuk ke final,"
katanya
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
25 Ogos 2017 | 4:52pm
No comments:
Post a Comment