ARKIB : 15/09/2006
Oleh AIZAWATI AHMAD
KUANTAN Kepincangan barisan
tengah skuad kebangsaan perlu diatasi segera jika Malaysia mahu memberikan
tentangan sengit kepada Thailand pada perlawanan kedua Kejohanan Piala AFF
Bawah 20 Tahun yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal
berkata, aksi lembab dan kurang agresif pada separuh masa pertama perlawanan
pasukan negara menentang Vietnam, kelmarin sewajarnya dijadikan pengajaran
kepada anak-anak buahnya.
Kita bermula dengan lembab
dan tidak agresif malah barisan pemain tengah tidak berfungsi dan mereka juga
gagal melakukan hantaran yang kemas, katanya ketika ditemui pemberita, di sini
semalam.
Menurutnya, Thailand merupakan
sebuah pasukan yang kuat dan mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti.
Jelas beliau, berdasarkan
pemerhatiannya pada perlawanan tersebut, walaupun kecundang kepada Australia
3-0 tetapi para pemain skuad negara Gajah Putih itu bermain dengan baik.
Pertemuan dengan Thailand
merupakan satu perlawanan yang menarik dan saya berharap anak-anak buah saya
dapat mempamerkan aksi yang mantap pada malam ini, ujarnya.
Mengulas pertemuan antara
Malaysia dan Vietnam, kelmarin yang berkesudahan seri 2-2, Rajagobal
memberitahu, gol pertama yang diperoleh Vietnam merupakan satu jaringan mudah
dan tidak sewajarnya dilepaskan begitu sahaja.
Katanya lagi, walaupun skuad
kebangsaan dibarisi oleh enam muka baru tetapi itu bukan alasan untuk anak-anak
buahnya beraksi hambar dan tidak agresif.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4qCiAOwFs
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment