Aida Adilah Mat & Naqib Nor
Said
sukan@hmetro.com.my
PENGURUS skuad gimrama negara,
Dr Farrah Hani Imran, memberi bayangan awal barisan gimnasnya mampu menyapu
bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan selepas menutup saingan hari
kedua dengan dua lagi emas.
Bayangan itu diberi selepas
skuad gimrama negara meneruskan kecemerlangan memenangi emas kedua dan ketiga
menerusi acara individu keseluruhan dan gelung berpasukan, hari ini.
Malah, berdasarkan prestasi
semasa, beliau yakin Malaysia mampu mengungguli hari terakhir gimrama esok yang
menawarkan lima pingat emas.
“Sasaran ialah enam pingat emas
tetapi mungkin kami mampu sapu bersih (lapan pingat emas).
“Namun, saya tidak berani
bercakap besar kerana dalam gimrama, macam-macam boleh berlaku,” katanya.
Andai berjaya, gimrama bakal
menjadi pasukan pertama menyapu bersih semua pingat dipertandingkan ketika
sukan hoki gagal melunaskan janji sapu bersih empat emas apabila skuad wanita
dalam dewan sekadar meraih gangsa.
Pada hari kedua pertandingan
gimrama hari ini, Koi Sie Yan membuka langkah cemerlang dengan pungutan 63.150
mata acara individu keseluruhan untuk meraih emas.
Pingat perak dimenangi seorang
lagi gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng manakala peserta Singapura Tong Kah Mung
membawa pulang gangsa.
Selepas itu, tiba giliran skuad
gelung berpasukan negara menuai emas ketiga apabila mudah mengetepikan
Singapura (perak) dan Filipina (gangsa).
“Kalau gimnas semua dapat
kekalkan persembahan ini, InsyaAllah kita dapat apa yang kita hajat... Apapun
saya berharap mereka akan melakukan yang terbaik untuk esok,” kata Farrah.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 8:25 PM
No comments:
Post a Comment