PEMAIN Malaysia, Adam Nor Azlin
(kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan dalam sainga 2
PEMAIN Malaysia, Adam Nor Azlin
(kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol kemenangan dalam saingan bola
sepak Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Shah Alam, Selangor, semalam. Malaysia
menang 2-1 ke atas Brunei.– UTUSAN /Abdul Razak Latif
Fadhilul Izmel Ishak
15 Ogos 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
SHAH ALAM 14 Ogos - Malaysia
menempuh cabaran getir tetapi fokus dan kesungguhan sepanjang perlawanan
akhirnya menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee melakar kemenangan 2-1 ke
atas Brunei dalam perlawanan pembukaan bola sepak lelaki Sukan SEA di Stadium Shah
Alam malam ini.
Kemenangan itu membolehkan
skuad kendalian Kim Swee menduduki anak tangga kedua Kumpulan A di belakang
Myanmar yang turut mengutip tiga mata selepas menumpaskan Singapura 2-0 di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada sebelah petang.
Skuad Kim Swee memberi gambaran
awal bahawa tiga mata pertama mereka bakal diraih dengan mudah apabila berjaya
berada di depan seawal minit keempat menerusi sepakan voli Safawi Rasid selepas
menerima hantaran daripada kapten Pahang, Matthew Davies namun Brunei memiliki
perancangan sebaliknya.
Kedudukan 1-0 tersebut tidak
bertahan lama apabila lapan minit kemudian giliran skuad Kwon Oh-son dari Korea
Selatan menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohamed Zulkhairy Hady Razali yang
melepasi perangkap ofsaid.
Skuad bawah 22 negara kembali
mengatur serangan dan hampir berada di depan semula tetapi rembatan penyerang
Selangor, Adam Nor Azlin tersasar selepas menyambar peluang yang berpunca
daripada sepakan bebas Muhammad Danial Amier Norhisham pada minit ke-14.
Anak-anak buah Kim Swee
kemudian menguasai permainan tetapi gagal menembusi gawang lawan akibat tiada
penyudah yang baik serta dihalang oleh pertahanan Brunei.
Malaysia memiliki peluang
terbaik untuk kembali di depan pada minit ke-42 tetapi tendangan Syazwan Andik
melepasi palang walaupun sekadar berdepan penjaga gol Brunei, Hainie Anak
Nyaring.
Selang dua minit kemudian
Malaysia sekali lagi memiliki peluang terbaik untuk mengatasi lawan mereka
bagaimanapun sepakan bebas yang diambil oleh Safawi sekadar menggegarkan
palang.
Malaysia memulakan babak kedua
dengan semangat ghairah untuk memburu jaringan kedua namun rembatan padu
penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi berjaya dinafikan oleh Haimie dua
minit selepas rehat.
Usaha anak-anak buah Kim Swee memburu
gol membuahkan hasil apabila mereka berjaya menggandakan jaringan menerusi
tandukan Adam pada minit ke-60 selepas pantas menyambar bola daripada sepakan
sudut yang dilakukan oleh Safawi.
Skuad bawah 22 negara terus
mengatur serangan terhadap kubu lawan dan mereka mempunyai peluang terbaik
untuk menggandakan jaringan bagaiamanapun setiap percubaan yang dilakukan mudah
dipatahkan oleh pertahanan Brunei.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-lulus-ujian-pertama-1.515097#ixzz4pozTfdUk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment