Ad

Saturday, 26 August 2017

PERSAHABATAN: MALAYSIA 1-2 SYRIA

2017-08-23 
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada yang kini di ranking ke 166 dunia kalah tipis 2-1 kepada Syria pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

 Selepas berjaya menyaingi kehebatan pasukan di ranking ke-80 dunia kendalian Ayman Al Hakeem itu sepanjang hampir keseluruhan perlawanan, gawang Malaysia dikawal Khairulazhan Khalid akhirnya dibolosi dua gol selang dua minit pada penghujung permainan.

 Gol pertama Syria hadir pada minit ke-83 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti pemain tengah, Almarmour Mohammad disusuli gol kedua pada minit ke-85 menerusi serangan balas pantas selepas bola dirampas daripada pertahanan Malaysia sebelum disudahkan oleh Rafat Muhtadi.

 Malaysia berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada masa kecederaan (90'+4) menerusi sepakan penalti Darren Lok selepas pemain gantian, Wan Zack Haikal Wan Nor dijatuhkan pertahanan Syria, namun sudah terlewat untuk memburu gol penyamaan.
 
 MALAYSIA: 1-Khairulazhan Khalid; 15-Rizal Ghazali, 5-Shahrom Kalam, 17-Aidil Zafuan Abd Radzak, 21-Nazirul Naim Che Hashim (3-Fitri Omar 67'); 18-Kiko Insa (11-Ahmad Syamim Yahya 62'); 7-Baddrol Bakhtiar (19-Wan Zack Haikal Wan Nor 84'), 6-Amirulhadi Zainal, 8-Safiq Rahim (C) (14-Nasir Basharudin 86'), 16-Syazwan Zainon (24-Shahrel Fikri Fauzi 67'); 9-Ahmad Hazwan Bakri (10-Darren Lok 62').

SYRIA: 1-Ibrahim Alma (23-Ahmad Madania 90'+3); 21-Youssef Al Hamwi, 4-Jihad Busmar, 5-Hadi Al Masri, 13-Momen Naji; 9-Mahmoud Al Mawas, 6-Ahmad Ashkar, 8-Almarmour Mohammad, 11-Osama Omari; 10-Firas Al Khatib (C) (18-Zaher Midani 79'), 19-Rafat Muhtadi.

Pengadil: Suhaizi Shukri (Malaysia)
Sumber- http://www.fam.org.my/news/persahabatan-malaysia-1-2-syria

No comments:

Post a Comment