Ad

Sunday, 13 August 2017

Buaya seberat 300 kilogram ditemui dalam ladang kelapa sawit di Miri



 13/08/2017 2:23pm
Buaya yang berjaya ditangkap APM Miri semalam.

MIRI - Seekor buaya sepanjang empat meter serta seberat 300 kilogram ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Labau, Sibuti, 60 kilometer (km) dari sini petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Kapten Mohamad Hazle Shah Hamid berkata, hasil maklumat yang diterima daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), APM Miri bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di sana pada 2.30 petang.

"Buaya tersebut ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan anak sungai," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Menurutnya, SFC telah meminta bantuan APM Miri untuk memindahkan buaya berkenaan menggunakan lori tiga tan milik APM Miri untuk dibawa ke Taman Buaya Miri di Kuala Baram.

Untuk rekod, Taman Buaya Miri yang juga mini zoo terletak 50km dari pusat bandar raya, menempatkan pelbagai spesies buaya dan binatang. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz4pcqt4RAX
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment