Pemain Malaysia, Matthew Davies
(kiri) bersaing merebut bola dengan 2
PEMAIN Malaysia, Matthew Davies
(kiri) bersaing merebut bola dengan pemain Indonesia, Febri Hariyadi dalam aksi
separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
27 Ogos 2017 3:00 AM
SHAH ALAM 26 Ogos - Jaringan
dramatik penyerang sensasi, N. Thanabalan tiga minit sebelum tamat permainan
membawa Malaysia selangkah untuk memenuhi misi merampas pingat emas bola sepak
Sukan SEA apabila menyingkirkan Indonesia 1-0 dalam aksi separuh akhir yang
cukup mendebarkan, hari ini.
Selepas berjaya menarik
kebanjiran hampir 80,000 penonton di Stadium Shah Alam, kemaraan ke final
dijangka lebih gamat apabila menentang penyandang juara, Thailand di Stadium Nasional,
Bukit Jalil yang mampu menampung 100,000 penonton pada Selasa ini.
Thailand terdahulu mengesahkan
tiket perlawanan akhir turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar
dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,
hasil tandukan ketua pasukan Chenrop Samphao, lima minit memasuki waktu
kecederaan.
Dalam aksi Malaysia menentang
Indonesia, ketika permainan dilihat hampir diheret ke masa tambahan, Thanabalan
menanduk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Nor Azam Azih, sekali gus
meletakkan Malaysia misi merampas kejuaraan yang kali terakhir dimenangi di
Jakarta, Indonesia pada 2011.
Ini adalah jaringan keempat
Thanabalan sepanjang kempen Sukan SEA Ke-29, sekali gus memastikan skuad bawah
22 (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengekalkan rekod kemenangan bersih
selepas lima perlawanan.
Skuad muda negara sebelum ini
turut memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan A selepas mengalahkan Brunei,
Singapura, Myanmar dan Laos, malah melayakkan diri ke final Sukan SEA buat kali
ke-12 sejak temasya di Bangkok pada 1959.
Perlawanan akhir kali ini juga
ibarat ibarat buku bertemu ruas kerana Thailand memegang status sebagai juara
terbanyak dengan 16 emas, manakala pasukan negara pernah merangkul kejuaraan
enam kali, termasuk dua di laman sendiri iaitu pada 1977 dan 1989.
Empat lagi emas diraih pada
1969 (Rangoon), 1979 (Jakarta), 2009 (Laos) serta 2011.
Dalam perlawanan hari ini, Kim
Swee menggunakan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Myanmar bermula dengan
garang menerusi percubaan Thanabalan seawal minit keenam, namun jaringannya
dibatalkan oleh pengadil perlawanan selepas berada di kedudukan ofsaid.
berbahaya tetapi sepakan sudut
Safawi berjaya ditepis penjaga gol lawan, Satria Tama Hardiyanto.
Sementara itu, Thanabalan
ketika ditemui mengakui bahawa dia tidak beraksi begitu baik tetapi nasihat
bapanya supaya melakukan tandukan jika gagal untuk menghasilkan gol dengan
sepakan telah memberi kesan.
“Bapa (Nadarajah) saya berkata
bahawa ‘kepala’ saya bagus, jadi kenapa tak gunakan untuk membuat tandukan
gol,” katanya.
Mengenai final, Thanabalan
berkata, sepanjang mewakili negara, ini pertama kali dia beraksi dalam
perlawanan akhir.
“Saya dengar Thailand
memperkecilkan pasukan kita, jadi jangan bagi peluang kepada mereka,” ujarnya.
sumberArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangkah-hampiri-emas-1.519453#ixzz4r0CMkUbl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment