Ad

Monday 28 August 2017

MAKAM DIRAJA KAMPUNG MARHUM


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada 26 Ogos saya merasa amat teruja kerana kembali ke Kuala Pahang setelah anak saya mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Malaysia Pahang. Sejak berpindah dari SMK Tengku Abdullah Pekan 1996, buat pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Marhum., Kuala Pahang.Matlamatnya ialah untuk membuat penyelidikan sejarah di Makam Diraja Kampug Marhum.Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang terletak di Pekan, Pahang. Makam Diraja Kampung Marhum ini terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala Pahang dan Kampung Marhum. Makam ini merupakan antara makam bersejarah yang terdapat di daerah Pekan.

      Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.[1]

      “Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah (Raja Johor kedua).

“Makam tersebut dipercayai digunakan sejak abad ke 19 namun jika melihat kepada kepelbagaian batu nisan yang sebahagiannya terdiri daripada batu nisan Aceh, kewujudannya mungkin lebih awal daripada zaman tersebut. Ini kerana penyebaran batu Aceh dikatakan berlaku antara abad ke-13 hingga ke-19,” katanya.[2]


[1] http://almuazzamshah.blogspot.my/2013/02/sultan-pahang-pertama-disemadikan-di.html
[2] http://m.utusan.com.my/rencana/makam-tinggalan-sejarah-1.66615

No comments:

Post a Comment