oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam diwujudkan untuk membantu maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram sistem politik Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja sebagai golongan pemerintah.
maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.
Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue. Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.
Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.
Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.
No comments:
Post a Comment