MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PENYERANG muda sensasi negara,
Luqman Hakim Shamsudin akan diberikan pelepasan oleh kelabnya KV Kortrijk untuk
menyertai Kejuaraan Bawah 19 (B-19) AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober depan.
Pengendali skuad B-19 negara Brad
Maloney berkata, Luqman dijangka akan ke kelab yang berpangkalan di Belgium
dalam masa terdekat ini seterusnya kemungkinan terlepas sesi latihan pada
peringkat awal.
Beliau berkata, perkara terbabit
tidak menimbulkan sebarang masalah apabila Luqman mungkin tampil lebih
meyakinkan selain dapat meningkatkan kebolehannya sebagai persiapan menjelang
kejuaraan B-19 itu.
"Saya dimaklumkan Luqman
akan ke KV Kortrijk dalam masa terdekat ini seterusnya bagus untuk pembangunan
pemain terbabit.
"Namun, saya difahamkan dia
akan dilepaskan untuk menyertai kejohanan terbabit dan dia mungkin akan sertai
pasukan pada persiapan terakhir nanti," katanya.
Sebelum itu, impian penyerang
muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk berkelana ke luar negara
tercapai selepas sah akan menyertai kelab dari Belgium, K V Kortrijk.
Perkembangan itu diumumkan
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Dalam kenyataan terbabit, FAS
mengesahkan persetujuan sudah dicapai antara persatuan itu dengan KV Kortrijk
untuk perpindahan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu.
Sementara itu, Maloney berkata,
skuad B-19 tidak perlu bimbang jika sekiranya Luqman tidak boleh menyertai
pasukan kerana ada ramai lagi pemain lain berbakat boleh mengisi kekosongan
itu.
"Kita akan melihat pemain
lain yang boleh mengisi posisi Luqman jika dia tidak boleh bermain nanti,"
katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 6 Julai 2020 @ 9:23 PM,[1]
No comments:
Post a Comment