Ad

Wednesday, 20 May 2020

Halim Napi idola Apek


SUKAN»Bola
Rabu, 20 Mei 2020 | 7:12pm
Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
 Apek mengakui menjadikan Halim Napi (gambar kecil) sebagai idola dan sumber inspirasi. - Arkib NSTP
Halim Napi idola Apek
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat mengakui menjadikan Halim Napi sebagai idola dan sumber inspirasi ketika di awal pembabitannya dalam dunia pemain bola sepak.

Malah, pengalaman mendapat tunjuk ajar pada musim 2009 daripada bekas penjaga gol berkenaan ketika di Kelantan kekal menjadi kenangan manis buat beliau yang terus melonjak dalam kariernya selepas itu sehingga menjadi penjaga gol nombor satu skuad Harimau Malaya.

Khairul Fahmi yang mesra disapa Apek mengakui ada sebab tersendiri dia meminati Halim yang disifatkan mempunyai sikap tegas di atas padang selain ciri kepemimpinan yang diperlukan sebagai benteng terakhir pasukan.

"Halim memang idola saya sejak kecil lagi dan selalu mengikuti kariernya dengan penuh minat sebelum tanpa disangka akhirnya dapat menjadi rakan sepasukan pada tahun 2009," katanya yang kini bersama Melaka United.

"Karakternya bagi saya, agak jarang ditemui ke atas mana-mana pemain kerana begitu tegas di atas padang. Malah kehadirannya selaku penjaga gol selalu menghadirkan kegerunan kepada pihak lawan.

"Kalau bola dalam situasi 50-50 mahu pun 70-30 sekali pun, saya selalu lihat mana-mana penyerang takut untuk beri cabaran kepada beliau kerana mereka tahu dia memang sukar digugat serta agresif dalam mendapatkan bola.

"Saya juga bertuah mendapat tips dan nasihat ketika kami masih bergelar rakan sepasukan. Walaupun caranya agak garang, seolah-olah seperti memarahi saya tetapi saya faham itu adalah cara orang lama mengajar. Malah segala yang diajarnya masih diingati sampai hari ini."

Halim adalah penjaga gol terkenal pada era 90-an yang pernah mewakili Kelantan, Negeri Sembilan dan Perak sebelum bersara pada 2009. Beliau menjadi salah seorang pemain pilihan dalam Best XI Khairul Fahmi dengan formasi 4-4-2.

Bagi barisan pertahanan, tiga bekas pemain Kelantan iaitu Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin dan Obinna Nwaneri menjadi pilihan Khairul Fahmi selain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad.

Wan Zack Haikal Wan Noor selaku pemain sayap kiri sementara Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di sayap kanan diikuti Mohd Badhri Mohd Radzi dan Safiq Rahim mengemudi bahagian tengah.

Dua penyerang pilihan Khairul Fahmi ialah Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha, yang kedua-duanya pernah menyarung jersi Kelantan.[1]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/05/691158/halim-napi-idola-apek

No comments:

Post a Comment