MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
SETIAP individu berbeza cara dan
usaha yang dilakukan ketika Ramadan terutama untuk menambah sumber pendapatan
masing-masing yang kebanyakannya terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tiga
bulan lalu.
Situasi berkenaan menyebabkan
bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus mengambil inisiatif
menjual jersi edisi khas miliknya menerusi platform media sosial sepanjang
Ramadan ini.
Namun, mengejutkan jersi
jualannya mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan bola sepak
seluruh negara.
Beliau berkata, selain
memperbanyakkan amalan dan ibadah sepanjang Ramadan ini, Khalid juga turut mahu
mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjual kuih raya atau barangan lain.
"Pada awalnya, saya
memikirkan mungkin agak rugi jual pakaian pada bulan Ramadan tahun ini
memandangkan situasi penularan pandemik Covid-19 sekali gus boleh menyebabkan
kerugian.
"Namun, setiap individu
pasti ada rezekinya apabila keputusan untuk berniaga jersi sebenarnya mendapat
sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang tidak putus-putus membuat
tempahan menerusi atas talian.
"Jersi yang saya jual adalah
keluaran khas ketika era kegemilangan sebagai pemain kebangsaan dan ia juga
adalah antara usaha untuk menghargai peminat yang banyak menyokong saya sebelum
ini," katanya.
Selain itu, bekas penyerang
berbisa negara itu berkata, ketika ini beliau lebih banyak menghabiskan masa
bersama keluarga di rumah dan membaca al-Quran.
"Sekarang ini semua aktiviti
bola sepak terpaksa dihentikan seketika sekali gus saya mempunyai masa terluang
bersama keluarga terutama dapat berbuka puasa bersama.
"Jika ada masa terluang,
saya akan membuat rakaman video secara langsung menerusi platform Facebook
untuk berkongsi pendapat dan idea berkaitan situasi terkini industri bola sepak
negara," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 19 Mei 2020 @ 8:53 PM
No comments:
Post a Comment