Ad

Sunday, 2 April 2017

Pegang tong sampah jiran, perlu samak?



Perlukah melakukan samak kerana memegang tong sampah jiran bukan Islam yang sudah lama tidak digunakan kerana jiran itu jarang pulang ke rumah?
Melati, Melaka.

UKE: Jika tiada air najis atau sesuatu yang menjadikan perlu disamak akibat memegangnya, buat apa hendak disamak.
Jika anda nak kaji semua benda nanti habis anda pergi samak, nanti sampai duit kertas pun kena samak sebab fikir siapa yang pegang duit itu sebelum anda pegang.
Lepas ini pula tidakkah jadi susah habis segala katil hospital dan katil hotel disamak sebab fikir siapa yang tidur. Bukankah akan jadi susah kepada kita semua. Sebab itu saya katakan tadi, jika tidak nampak adanya najis mughallazah sama ada mungkin darahnya atau najisnya atau tulangnya dan sebagainya, maka tidak perlu anda menyamaknya.

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/bolehkah-kutipan-untuk-gelandangan-diberikan-kepada-anak-yatim-1.464678#ixzz4d4tLCXFS
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment