Ad

Wednesday 19 April 2017

Unit 3.4 Penglibatan Kerajaan Utmaniah Dalam Perang Dunia Pertama

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan Perang Dunia Pertama.
      Perang Dunia Pertama (1914-1918) berlaku antara dua pihak, iaitu Jerman, Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan pihak yang satu lagi, iaitu Rusia, Britain serta Perancis yang dikenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai Itali pada tahun 1907.

      Perang Dunia Pertama meletus disebabkan berlakunya persaingan politik dan ekonomi antara perikatan negara-negara di Eropah. Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah membunuh waris takhta kerajaan Austria-Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, ibu negeri Bosnia. Peristiwa ini menjadi sebab serta-merta meletusnya The Great War atau Perang Dunia Pertama dan membawa kuasa-kuasa besar di Eropah melibatkan diri dalam kancah Perang Dunia Pertama.[1]

Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama signifikan terhadap dunia Islam. Ini kerana kerajaan Utmaniyah merupakan kuasa Islam tunggal yang teribat dalam peperangan tersebut. Perang Dunia Pertama berlaku di antara kuasa besar seperti British, Perancis, Rusia dan Itali sebagai Kuasa Bersekutu manakala Jerman dan kerajaan Uthmaniyah sebagai kuasa Pusat.[2]   

Faktor Perang Dunia Pertama
Peranan tiga pemimpin tertinggi Persatuan Kesatuan dan
Kemajuan (CUP) dalam Perang Dunia Pertama
Faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
a. Usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahan kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah -ancaman Pakatan Bertiga (British, Perancis dan Rusia).
b. Mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan - majoriti penduduk Kristian - desakan kuasa autonomi - berhadapan dengan percaturan politik daripada negara-ne g ara jiran di Balkan. Menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama unfuk mengatasi ancaman Rusia yang ingin menguasai wilayah Balkan.
c.Hubungan tegang dengan British
Mendapatkan kembali wilayah Uthmaniyyah -Mecedonia, Thrace, Selatan Anatolia, Mesir dan Cyprus. Membebaskan rakyatnya di Caucasus dan Asia Tengah daripada kekuasaan Rusia dan Armenia.
 Mengukuhkan kekuasan khilafah Uthmaniyyah ke seluruh dunia, membebaskan pemerintahan daripada dominasi ekonomi dan politik kuasa Eropah.
Pengisytiharan jihad - reaksi dunia Islam – gagal mencapai sasaran kerana bangsa berperang dengan tentera Uthmaniyyah atas dasar nasionalisme yang ditaja British. Kegagalan turut disebabkan kelemahan struktur ketenteraan Uthmaniyyah.[3]
      Perjanjian Sykes-Picot - wilayah Uthmaniyyah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali. Gencatan Senjata Mudros.




[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014),304.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketga, (Shah Alam: Oxford Fajar.2017)  ,8
[3]“Perang Dunia Pertama”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,129.

No comments:

Post a Comment