Ad

Saturday 16 March 2019

Amri ubat penenang Red Giants

MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
BEKAS pemain kebangsaan dan Selangor, Amri Yahyah menolak andaian sesetengah pihak dia ‘berperang’ dengan jurulatih B Sathianathan hingga menyebabkannya disisihkan daripada kesebelasan utama Red Giants.

Amri berkata, hubungannya dengan Sathia baik malah menghormati jurulatih itu yang lebih berminat ‘menyimpannya’ di bangku simpanan sebagai senjata rahsia pasukan.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, dia memahami kehendak jurulatih yang mempunyai perancangan dan strategi tersendiri dalam memastikan pasukan mencatat kemenangan.

“Apabila pasukan ini kalah, anda tidak boleh menyalahkan jurulatih kerana ia sebenarnya kegagalan seluruh pasukan. Sebagai satu pasukan dan sebagai penyokong, anda perlu memberikan sokongan yang lebih baik.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan Sathia dan mengetahui beliau mempunyai perancangan tersendiri untuk pasukan walaupun lima perlawanan sebelum ini kami tak menang,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, percaturan Sathia yang mengeluarkan pemain sayap, Faiz Nasir dan digantikan dengan Amri ternyata berbaloi apabila skuad Gergasi Merah menewaskan Kuala Lumpur 3-2 sekali gus meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini.

Amri yang berperanan sebagai ‘penenang’ kepada pasukan berjaya mencorak serangan Selangor sekali gus memperoleh kemenangan walaupun ketinggalan 0-2 pada awal babak perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 7:04 PM


No comments:

Post a Comment