Ad

Saturday, 16 March 2019

CIRI-CIRI SENI BINA INDIA

AHMAD BIN YAAKOB
Seni bina India abad ke-16M
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan  reka letak yang dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).
CIRI-CIRI SENI BINA INDIA
Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga   teratai yang mempunyai puncak yang meruncing.

Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.

Kubur/ Makam Diraja
Monumen lain ynag terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama.

Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal. Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan.

Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah mempunyai tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja.

Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar.

Sebuah gapura yang dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapar tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi pemerintah.
Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan pintu gerbang kedua dengan bangunan istana.

Dari segi bahan binaan, kebanyakannya menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.


Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)
Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qil’ah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.

Penggunaa warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna ‘Monokrome’ digunakan untuk membinanya.
Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan (1648)

Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada dicerobohi musuh.

Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

Masjid Jama, Delhi
Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya Jahanara Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini dipuncak sebuah bukit pada tahun 1650.

Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak diatas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak berhadapan dengan Masjid Jama.

Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.
KESIMPULAN

Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang paling unik menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.

No comments:

Post a Comment