Ad

Friday, 8 March 2019

Apa nak malu? – Azman Adnan

06 Mac 2019 4:37 PM
AZMAN ADNAN
 AZMAN ADNAN
Azman mengakui tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur.

KUALA LUMPUR - Status sebagai penyerang legenda negara bukan penghalang untuk Azman Adnan turun ke padang membantu kelab amatur M3, Tun Razak FC berentap dalam saingan Piala FA 2019.

Bekas pemain yang mencipta nama bersama Selangor dengan empat kejuaraan Piala Malaysia itu mengakui tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur yang ada di antara mereka peniaga gerai char kueh teow dan pekerja kilang.


Sentuhan Azman sebelum ini pernah mengendalikan pasukan Liga Super PDRM FA tampak menjadi apabila membawa pasukan yang digelar ‘budak flat’ yang berpangkalan di Cheras melangkah ke pusingan pertama Piala FA 2019.

“Pada saya tidak ada apa yang nak dimalukan, ini kampung saya, budak flat (pemain Tun Razak FC) ini adalah anak buah saya juga, saya hanya bantu beri tunjuk ajar dan semangat kepada mereka. Dan ini bukan usaha saya seorang, saya juga dibantu oleh Azrul Amri Burhan dan Ivan Yusoff.

“Ini tempat saya membesar dan bermain bola sepak dengan Azrul, Ivan dan bila saya tahu mereka mahu menyertai M3, saya bersetuju untuk membantu mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebentar tadi.

Tun Razak FC berjaya mencuri tumpuan apabila menewaskan kelab juara Divisyen 1 Liga Melaka, SAMB FC 3-1 pada pusingan kelayakan Piala FA 2019 sebelum mara ke pusingan kedua apabila membenamkan juara Selangor Champion League, Puchong Fuerza FC menerusi sepakan penalti 4-3 selepas aksi sebenar terikat 1-1.

Bagaimanapun cabaran lebih hebat bakal dihadapi skuad budak flat apabila diundi berdepan pasukan Kuala Lumpur pada pusingan pertama 2 atau 3 April ini.

Bagaimanapun, Azman yang menyarung jersi Harimau Malaya sejak 1991 hingga 2001 memberitahu pertembungan dengan pasukan Liga Super itu adalah impian menjadi kenyataan buat pemain Tun Razak FC.

“Pasukan budak flat ini gembira sebab memang mereka mahu bertemu dengan pasukan Liga Super kerana bukan senang untuk mereka merasai pengalaman ini apatah lagi beraksi di stadium besar

No comments:

Post a Comment