MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR:
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan menggunakan tiga kombinasi
penting membabitkan pemain sedia ada, naturalisasi dan skuad Bawah 23 (B-23)
negara bagi merencanakan pasukan kebangsaan untuk menggalas cabaran pusingan
kelayakan Piala Dunia pada Jun nanti.
Tanpa mahu
menoleh kebelakangan lagi, Cheng Hoe optimis pemain yang beraksi di kejohanan
Piala Airmarine 2019 menunjukkan semangat juang tinggi dengan rata-rata mereka
boleh dibentuk bagi memantapkan lagi skuad kebangsaan.
Katanya,
kekurangan yang terdapat dalam pasukan kebangsaan sekarang terutama membabitkan
jentera serangan boleh diperbaiki dengan kehadiran pemain naturalisasi dan
skuad B-23.
“Setiap pemain
perlu diberikan ruang dan peluang yang secukupnya untuk bermain dan mereka
(skuad Harimau Malaya) begitu bagus sekali gus ada antaranya akan terus
diserapkan bagi perlawanan akan datang.
“Pemain
naturalisasi penting untuk jangka pendek kerana kehadiran mereka boleh membantu
untuk menjayakan perancangan pasukan,” katanya, di sini.
Sebelum itu,
skuad kendalian Cheng Hoe dilihat kurang menjadi apabila sekadar berpuas hati
di tempat ketiga dalam kejohanan Piala Airmarine 2019.
Kejohanan
terbabit yang kali pertama diperkenalkan pada tahun ini disertai oleh
Afghanistan, Singapura dan Oman yang dinobatkan sebagai juara.
Jelas sekali
ketiadaan skuad B-23 dan tiada bantuan daripada pemain naturalisasi menyebabkan
skuad Harimau Malaya seolah tempang apabila dimalukan oleh pasukan jiran,
Singapura 0-1.
Beliau
berkata, fokus skuad Harimau Malaya untuk menghadapi pusingan kelayakan Piala
Dunia 2022 pada Jun depan sekali gus menuntut setiap pemain yang bakal
dipanggil lebih bersedia.
“Ada ramai
muka baharu yang dilihat mempamerkan persembahan memuaskan terutama ketika
menentang Afghanistan dan itu perkembangan positif dalam membentuk skuad
kebangsaan yang lebih mantap,” katanya.
Selain itu,
walaupun mengakui kehadiran pemain naturalisasi dapat membantu pasukan, Cheng
Hoe tidak mahu terlalu bergantung kepada mereka.
“Saya tidak
mahu terlalu mengharapkan pemain naturalisasi, namun kehadiran mereka boleh
menguatkan jentera serangan namun untuk jangka panjang, berharap posisi itu
boleh diisi oleh pemain tempatan,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 6:00 AM
No comments:
Post a Comment