Ad

Saturday 16 March 2019

Selangor bergelut sebelum menang



 Amri Yahyah meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras, hari ini.
10 Mac 2019 10:57 PM

KUALA LUMPUR 10 Mac - Selepas enam perlawanan Liga Super akhirnya Selangor berjaya menamatkan kemarau kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur 3-2 di Stadium Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Bagaimanapun skuad kendalian B. Sathianthan terpaksa bermain dalam tekanan pada aksi derby Lembah Klang itu apabila terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol.



Kuala Lumpur membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi tandukan Muhammad Syafwan Syahlan setelah menerima hantaran daripada Zhafri Yahya.


Kesilapan pertahanan Selangor, Taylor Regan ketika mengeluarkan bola daripada kawasan kotak penalti pasukan membawa padah apabila penyerang veteran Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin pantas menyambar untuk menggandakan jaringan pada minit ke-37.


Bersambung babak kedua, Selangor berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol penalti penyerang dari Brazil, Sandro da Silva pada minit ke-65 selepas dia dijatuhkan oleh Mohd. Fitri Omar.


Pemain sayap Red Giants, Mohd. Syazwan Zainon berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72 selepas dia tidak dikawal dengan kemas oleh pertahanan lawan apabila melepaskan rembatan dari arah kiri gawang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.


Selangor memastikan Kuala Lumpur untuk kekal berada di tangga tercorot liga apabila pemain gantian, Amri Yahyah meledak gol kemenangan lima minit kemudian selepas pertahanan tuan rumah gagal mengeluarkan bola dengan baik.


Kemenangan tersebut pasti membuatkan jurulatih Selangor, B. Sathianathan tersenyum lebar manakala rakan sejawatannya, Yusri Che Lah tidak dapat tidur dengan lena malam ini memikirkan nasibnya bersama Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-bergelut-sebelum-menang-1.858067#ixzz5hoBvcHNG
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment