Ad

Wednesday 6 March 2019

BEKAS pemain Kedah, Akhyar Rashid.


Rabu, 6 March 2019 | 4:52pm
 
BEKAS pemain Kedah, Akhyar Rashid.
KFA diminta perjelas perkembangan CAS babit Akhyar
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang 'membisu' mengenai perkembangan kes di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membabitkan bekas bintangnya, Akhyar Rashid menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong skuad Helang Merah.

Malah, situasi itu dilihat menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong yang mula sangsi sama ada KFA benar-benar mengheret kes terbabit ke mahkamah itu ataupun sekadar melakukan gimik semata-mata.

Wakil jurucakap Kelab-Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (G32), Safarizal Mohd Sobri berkata mereka mempunyai hak sebagai penyokong untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes terbabit.

"Sebelum ini, kami dimaklumkan bahawa kes terbabit sudah dikendalikan oleh peguam yang dilantik KFA. Jadi pengurusan menyerahkan semuanya kepada peguam terbabit dan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang komen.

"Kami menghormati keputusan KFA dan peguam yang tidak mahu memaklumkan perkembangan itu secara terbuka kepada media namun sebagai penyokong, mungkin KFA boleh memaklumkan serba sedikit mengenai perkembangan kes itu walaupun tidak secara menerusi butiran lanjut.

"Pada pandangan sebagai penyokong, kami hanya mahu tahu setakat mana kes terbabit sudah dibawa ketika ini," katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Sementara itu, cubaan BH Sukan untuk mendapatkan Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris gagal.

Beliau tidak menjawab panggilan daripada semalam manakala pertanyaan menerusi aplikasi pesanan WhatsApp juga tiada maklum balas.

Terdahulu, isu itu tercetus apabila KFA mengesahka Akhyar diintai Johor oleh Darul Ta'zim (JDT) namun dinafikan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang mengakui pihaknya sedar mengenai kontrak yang dimiliki pemain terbabit.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudiannya membenarkan Akhyar menebus baki kontraknya selama setahun bernilai RM210,000 dan pampasan latihan sebanyak RM75,000 kepada mana mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Situasi itu membuatkan KFA tidak berpuas hati dengan nilai yang diputuskan FAM dan membuat rayuan namun ia ditolak oleh badan induk itu sekali gus memaksa mereka mengheret kes terbabit ke CAS.
BERITA HARIAN ONLINE       Rabu, 6 March 2019 | 4:52pm

No comments:

Post a Comment