Ad

Friday, 22 March 2019

Kelantan perlu 'magis' Piya

YATIMIN ABDULLAH
19 Mac 2019 6:18 PM
piya
 piya
Piya mempunyai 'aura' yang mampu mengubah prestasi TRW ketika ini.

KOTA BHARU - Mohd. Badhri Radzi atau Piya menjadi 'senjata' baharu The Red Warriors (TRW) dalam usaha menghidupkan semula misi kembali ke Liga Super pada musim 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors Sdn. Bhd Ahmad Fadli Mohammad berkata, walaupun ramai beranggapan Piya sudah berusia namun dia tetap optimis pemain itu mempunyai 'aura' yang mampu mengubah prestasi TRW ketika ini.

Menurutnya, Piya masih mempunyai 'magis' yang diperlukan oleh Kelantan untuk mampu membimbing barisan muda bagi mengharungi saingan Liga Premier musim ini.


"Keputusan ini (ambil Piya) agak berisiko, namun saya anggap ia satu cabaran buat KRW Sdn. Bhd dalam proses pembinaan semula pasukan.

"Bagi saya, usia Piya nombor dua. Apa yang penting pengalaman dan hantaran 'maut' pemain itu mampu bantu pasukan," katanya.

Ahmad Fadhli memberitahu,
kepulangan semula pemain yang terkenal dengan hantaran 'gelembung buaya' dijangka mampu menambah 'bisa' pada bahagian tengah Kelantan yang kurang menjadi ketika ini.

Katanya, proses pendaftaran Piya sudah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ujarnya, jika tiada halangan Piya dijangka menjalani latihan selewat-lewatnya Khamis ini.

 "Kelantan memerlukan seorang 'playmaker' untuk menghidupkan bahagian tengah dan keputusan membawa masuk semula Piya tepat pada masanya," katanya.

 Piya kembali berada dalam perancangan TRW selepas mengikat kontrak dengan KRW Sdn. Bhd secara rasmi malam tadi.

 Musim 2018 menjadi detik hitam buat pemain berjersi No.16 itu apabila dia digugurkan secara mengejut oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada pertegahan musim.

 Penguguran itu sekaligus menenggelamkan kerier anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu dalam arena bola sepak.

 Bagaimanapun, bintang kerier bekas pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2013 kembali bernyawa apabila Perlis melamarnya untuk memperkuatkan pasukan itu bagi musim 2019.

 Namun Perlis disingkirkan dari saingan Liga Primier ekoran masalah kewangan yang kronik.

 Musim 2012, Piya antara salah seorang tonggak yang membantu Kelantan merangkul kejuaraan tiga piala. – sumber K! ONLINE

No comments:

Post a Comment