Ad

Friday, 31 August 2018

Bola Shebby: Skuad B-23 berdepan pasukan lebih hebat

MyMetroArena

Serbegeth Singh
Setiap kali ada perubahan dalam perkembangan bola sepak negara, kita diheret semula dengan keputusan yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Tahun ini, kita gembira apabila pasukan negara bertindak cemerlang pada Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC Januari lalu dan baru-baru ini, pada Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang.

Namun setiap kali pula kita mematikan enjin kerana terpaksa berdepan dengan Mongolia, Bhutan dan Fiji. Tiga pasukan ini lebih rendah tahap berbanding Iraq, Jordan, Arab Saudi serta Korea Selatan yang menjadi lawan di China pada Januari lalu. Walaupun empat pasukan itu hanya skuad B-23 tetapi persaingan dan tahapnya jauh lebih baik berbanding Mongolia, Bhutan dan Fiji.

Ini bermakna kita tidak dapat langsung manfaat daripada perlawanan menentang Mongolia dan Bhutan. Jelas agenda bola sepak tidak diambil berat tetapi agenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengejar ranking lebih penting.

Kini pula, selepas keghairahan Sukan Asia, dengan persembahan yang membuktikan bola sepak Malaysia sudah boleh melayan taktik serta strategi yang fleksibel, kita terpaksa melayan Taiwan dan Kemboja.

Dua pasukan ini tidak setanding dengan pasukan B-23 yang menjadi pesaing kita di Sukan Asia. Taiwan dan Kemboja dengan skuad senior masih lagi berada di tahap lebih rendah berbanding Kyrgyzstan, Bahrain, Korea Selatan dan Jepun.

Kesimpulannya, skuad B-23 negara sentiasa menentang pasukan yang jauh lebih hebat berbanding senior.

Inilah satu lagi sebab mengapa pemain dari pasukan B-23 harus memegang tanggungjawab sebagai pemain skuad senior.

Sementara itu, Singapura mendahului Malaysia 9-1 dalam senarai pemain yang beraksi di luar negara. Ketua jurulatih mereka, Fandi Ahmad memanggil Hassan Sunny dari Army United, Izwan Mahbud (Nongbua Pitchaya), Baihakki Khaizan (Udon Thani), Zulfahmi Ariffin (Chonburi) dan Gabriel Quak (Navy FC). Kelima-lima pemain ini beraksi di Thailand.

Senarai empat lagi pemain yang beraksi di Malaysia pula diketuai Hariss Harun (JDT), Safuwan Baharudin (Pahang), Faris Ramli (PKNS FC) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).

Manakala, pasukan negara hanya mempunyai Shahrel Fikri Fauzi dari kelab Nakhon Ratchasima FC di Thailand.

Kekuatan mental serta karakter pemain bola sepak Singapura yang tidak segan meninggalkan “zon selesa” sudah tentu ada kaitan dengan khidmat negara yang wajib di negara itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 3:00 AM


Monday, 27 August 2018

Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke-18.[20]

Rangka Jawapan
PENGENALAN
-Maksud pendidikan
-Perubahan sistem pendidikan selepas Bismarck menyatukan Jerman.
ISI
Perkembangan pendidikan di Jerman
1.Abad ke-18 Jerman mewajidkan pendidikan peringkat rendah.
-Volksschule –pendidiakn wajib peringkat rendah selama 8 tahun.
-Penekanan kemahiran asas iaitu membaca,menulis dan mengira serta aspek etika, disiplin dan ketaatan.
-ilmu diintegrasikan dengan bidang matematik, sains, bahasa dan seni.
-sistem abjad diganti dengan pengajaran bunyi.
-1717 Raja Frederick William mengeluarkan Advisory Order yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.
-Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah dikenakan bayaran denda.
2.Kualiti pendidikan ditingkatkan
-1788 pengenalan sistem peperiksaan akhir tahun di sekolah seluruh Jerman.
-Penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck membawa pemusatan pendidikan di Jerman.
-Penyeragaman pendidikan dan banyak sekolah menengah ditubuhkan termasuk sekolah untuk pelajar perempuan.
-Penekanan kepada pendidikan teknologi untuk melahirkan tegana kerja mahir bidang perindustrian dan perdagangan.
-Sekolah teknik dan perdagangan ditubuhkan.
4.Empat jenis sekolah menengah.
-Gymnasium –pembelajaran bahasa moden, latin dan Yunani
-Realgymnasium –pembelajaran bahasa Latin, Bahasa Moden, Sains dan Matematik
-Realschule- pembelajaran teknikal selama 8 tahun
-Obberealschule- pembelajaran selam 9 tahun bahasa moden, sains dan Matematik.
5.Penubuhan universiti
-Universiti Berlin, Munich, Bonn
-Pengajian yang ditawarkan ialah Teologi, Undang-Undang,Perubatan dan Falsafah.
  Fakulti Falsafah menawarkan pengajian Sejarah, Matematik, Geografi dan Kesusasteraan.
KESIMPULAN
-Sistem pendidikan awam di Jerman memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak belajar dari awal hingga ke peringkat universiti.

Bincangkan perkembangan pendidikan di Perancis pada abad ke-18.[20]

PENGENALAN
-Definisipendidikan
-Perkembangan pendidikan awam di Perancis bermula  sejak kebangkitan Revolusi 1789. Pendidikan awam penting untuk menentukan kelangsungan pemerintahan Republik.
ISI
1.Pendidikan seragam di Perancis
-Napoleon memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
2.Pembinaan sekolah di setiap daerah

3.Penggubalan undang-undang pembukaan sekolah rendah
4.Sekolah menengah
5.1802 penubuhan sekolahtinggi dan teknik
6.1805 Universiti Perancis.
-1806 Napoleon menyatukan pendidikan di bawah badan induk iaitu Universiti Perancis.
-Tiga cabang utama Universiti Perancis;
Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi.
KESIMPULAN
-Kerajaan pimpinan Napoleon mengambil alih peranan gereja dalam memperkembangan pendidikan di Perancis.
-Undang-undang digubal untuk melahirkan golongan intelektual di Perancis.

SOALAN 4 REVOLUSI SAINS YANG BERKEMBANG SEKITAR KURUN KE-17 ADALAH FAKTOR PENTING BAGI KEMUNCULAN ERA ENLIGHTENMENT DI EROPAH. BINCANGKAN PERNYATAAN INI.

Pengenalan
·         Menjelang abad ke-18, muncul zaman yang dikenali sebagai Enlightenment atau Zaman Pencerahan.
·         Zaman ini menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam bidang politik, ekonomi dan social, contohnya John Locke, Voltaire, Montesquieu dan Adam Smith.
·         Revolusi Sains adalah faktor penting bagi kemunculan era enlightenment namun terdapat beberapa faktor lain yang turut mendorong perkembangan gerakan tersebut di Eropah.

1.      Revolusi Sains
·         Revolusi sains menyebabkan penekanan terhadap ilmu dan akal yang membawa kepada kemunculan idea-idea baharu serta penyelidikan bercorak saintifik.
·         Kemajuan dalam bidang sains menyebabkab perubahan daripada kepercayaan karut dan mitos kepada kuasa akal dan sains.
·         Revolusi sains telah melahirkan ramai tokoh saintis yang terkenal seperti francis Bacon, Spinoza, John Locke dan Isaac Newton. Idea2 mereka tersebar luas dan menjadi ciri-ciri dominan tamadun Eropah mulai abad ke-17.

2.      Pengaruh Renaisans
·         Gerakan Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan pemikiran kritikal dalam kalangan masyarakat. Hasilnya berlaku kemajuan yang pesat dalam ilmu pengetahuan, sains, seni lukis, seni bina dan sebagainya.
·         Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang bersedia untuk menghadapi perubahan yang lebih besar.

3.      Pengaruh reformasi
·         Gerakan reformasi turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·         Gerakan ini menyebabkan wujud institusi yang mempunyai kuasa autonomi dan bebas daripada pengaruh gereja. Hal ini membolehkan idea baru seperti rasionalisme berkembang sekaligus meletakkan asas bagi kelahiran revolusi di Eropah. 

4.      Pengaruh ahli falsafah.
·         Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan dalam perkembangan gerakan intelektual di Eropah.
·         Golongan ini terdedah kapada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin tahu yang kuat. Mereka member penekanan kepada pemikiran yang bersifat rasionalistik dan saintifik.
·         Perkembangan ini menyebabkan lahir pemikir-pemikir dalam pelbagai bidang ilmu.

5.      Penerokaan dan Penjelajahan
·         Kegiatan ini menyebabkan lahir keinginan yang kuat dalam kalangan orang Eropah untuk memperolehi idea dan maklumat tentang bangsa dan budaya lain.
·         Perkembangan ini melahirkan corak pemikiran baharu yang berasaskan empiris dan sebab musabab.

6.      Peranan kelas pertengahan
·         Golongan terpelajar dari kelas pertengahan mula meninggalkan tabiat lama yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
·         Mereka terdedah dengan perkembanagn semasa melalui suratkhabar dan majalah.
·         Perkembangan ini menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap kamus, ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Kesimpulan 
·         Perkembangan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang penuh dengan idea-idea baharu sekaligus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual di Eropah pada abad ke-18. Kelahiran tokoh juga telah menyumbang kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu di Eropah. 
SUMBER-

JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P1 940/1

Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu (1689–1775) dalam membantu perkembangan intelektual pada Zaman Pencerahan di Eropah.

Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan  (Enlightenment) dan berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional. Ia dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis Montesque dari Peranchis. Beliau merupakan pemikir politikPeranchis yang terkenal dan idea idea beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.
ISI
1. Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik khususnya di Peranchis. Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan. Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil. Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan sistem  Raja Mutlak pada 1715.
2.  Konsep pengasingan kuasa ( pembahagian dan imbangan kuasa ). Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja. Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat ( 1787 ).
3.  Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Peranchis. Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang menyekat kemajuan khususnya konkongan lelaki terhadap wanita. Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja. Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan. Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di  sisi raja. Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan Revolusi Peranchis.
4. Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat. Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia. Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya. Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara keseluruhannya.
 KESIMPULANNYA Secara kesimpulannya, Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau telah mempengaruhi  masyarakat Eropah di zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa. Di Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja Mutlak.

Friday, 24 August 2018

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 0-0 JEPUN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia               0-0   Jepun
PEMAIN MALAYSIA
22 MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
05 SYAHMI SAFARI
07 BADDROL BAKHTIAR
09 ADAM NOR AZLIN
11 SAFAWI RASID
14 DOMONIC TAN
15 RIZAL GHAZALI
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
21 SYAZWAN ANDIK ISHAK
20 SYAFIQ AHMAD

MALAYSIA 0-0 JEPUN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia               0-0   Jepun
PEMAIN MALAYSIA
22 MUHAMMAD HAZIQ NADZLI
05 SYAHMI SAFARI
07 BADDROL BAKHTIAR
09 ADAM NOR AZLIN
11 SAFAWI RASID
14 DOMONIC TAN
15 RIZAL GHAZALI
17 IRFAN ZAKARIA
18 AKHYAR RASHID
21 SYAZWAN ANDIK ISHAK
20 SYAFIQ AHMAD

Thursday, 23 August 2018

Safawi Rasid sedia jadi pemusnah

Tekad gegar gawang Jepun pada aksi kalah mati
24 Ogos 2018 3:00 AM
 SAFAWI (kiri) tekad membantu skuad muda negara menewaskan Jepun
SAFAWI (kiri) tekad membantu skuad muda negara menewaskan Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik Sukan Asia di Bekasi malam ini.

JAKARTA, Indonesia. - Penyerang muda sensasi negara, Safawi Rasid sekali lagi bersedia untuk menjadi pemusnah pasukan gergasi menjelang pertemuan menentang Jepun pada pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.

Sebagai rekod, Safawi mencipta fenomena tersendiri dengan meledak empat gol dalam tiga perlawanan lepas yang menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mencipta kejutan muncul selaku juara Kumpulan E.


Lebih menarik, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjadi wira pasukan negara selepas meledak dua gol untuk me­numbangkan gergasi Asia Timur yang juga juara bertahan, Korea Selatan di Bandung minggu lalu.

Kini, pemain berusia 21 tahun itu percaya dia berada dalam prestasi terbaik kariernya untuk membantu pasukan negara mengesahkan kelayakan ke pusi­ngan suku akhir.

“Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan pada peringkat kumpulan termasuk perlawanan ketiga ketika menentang Bahrain meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Saya berjaya meledak gol pada perlawanan tersebut dan secara tidak langsung mendapat rehat yang cukup untuk memastikan cergas sepenuhnya pada aksi bertemu Jepun esok (malam ini),” katanya.

Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod pencapaian kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 (AFC) yang menyaksikan mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Mengulas lanjut, Safawi me­ngakui di atas kertas pasukan Samurai Biru itu memiliki kelebihan tersendiri tetapi apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Saya berazam untuk berikan aksi 100 peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” kata pemain kelahiran Terengganu itu.
SUMBER-KOSMO ONLINE 24 Ogos 2018 3:00 AM

Safawi sedia menggegar

Tekad jadi pemusnah pasukan gergasi Asia pada aksi 16 pasukan terbaik menentang Jepun malam ini
Ardie Putra Suhaimi & Riduan Hanafiah
24 Ogos 2018 3:00 AM
 SAFAWI menjadi sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di
SAFAWI menjadi sandaran skuad muda negara untuk merobek gawang Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di Bekasi malam ini.

SKUAD muda negara sekali lagi berdepan misi besar apabila turun menentang Jepun pada pusingan kali mati 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi malam ini.
Malaysia yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee sekali lagi disandarkan harapan untuk melakar kejutan ke atas skuad Samurai Biru selepas mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kumpulan minggu lalu.

Bagi menjayakan misi itu, penyerang sensasi negara, Safawi Rasid yang sudah meledak empat gol daripada tiga perlawanan bertekad untuk menjadi pemusnah ke atas pasukan gergasi Asia.

“Saya berazam untuk berikan aksi 100 peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” ujar Safawi.

Skuad muda Harimau Malaya diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod pencapaian kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di China awal tahun ini yang menyaksikan mereka mara ke suku akhir.
SUMBER-KOSMO ONLINE 24 Ogos 2018 3:00 AM

Safawi mahu jadi watak pemusnah

 SAFAWI RASID (tengah) menjalani latihan dengan rakan sepasukan
SAFAWI RASID (tengah) menjalani latihan dengan rakan sepasukan di Padang Latihan Bung Karno, Jakarta sebagai persiapan menghadapi Jepun dalam aksi bola sepak Sukan Asia 2018, hari ini.
24 Ogos 2018 3:00 AM

JAKARTA 23 Ogos - Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Safawi Rasid memasang impian untuk menjadi watak pemusnah dalam aksi kalah mati menentang Jepun di saingan Sukan Asia yang akan berlangsung di Stadium Patriot Candrabraga, Bekasi, dekat sini, esok.

Pemain berusia 21 tahun itu menjadi fenomena di temasya edisi ke-18 itu selepas meledak empat gol dalam tiga perlawanan bagi membantu Malaysia menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan E.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya memainkan watak pemusnah ketika menundukkan Korea Selatan selepas meledak dua gol dalam saingan yang berlangsung di Bandung, minggu lalu.
  
“Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan pada peringkat kumpulan termasuk perlawanan ketiga ketika menentang Bahrain meskipun dimasukkan dalam sebagai pemain gantian.

“Saya berjaya meledak gol pada perlawanan tersebut dan secara tidak langsung mendapatkan rehat yang cukup untuk memastikan cergas sepenuhnya ketika menentang Jepun,” katanya.

Skuad muda negara disasarkan untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia B-23 iaitu layak ke suku akhir.

Safawi mengakui bahawa Jepun memiliki kelebihan tersendiri namun percaya dalam tempoh 90 minit perlawanan, banyak perkara boleh berlaku.

“Saya berazam untuk berikan aksi seratus peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safawi-mahu-jadi-watak-pemusnah-1.734726#ixzz5P45SKLGT
© Utusan Melayu (M) Bhd


'Tak kisah siapa jaring, janji menang'

MyMetroArena
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain di Jakarta
sukanteam@nstp.com.my
 
PELEDAK utama negara Safawi Rasid tidak mahu 'tamak' malah tidak kisah siapa yang menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam aksi pusingan kedua esok.

Baginya, paling penting adalah skuad B-23 negara mara ke peringkat suku akhir terlebih dulu.

"Saya tidak kisah siapa yang meledak jaringan, janji keputusan positif kepada pasukan yang sudah mara sejauh ini,” kata Safawi.

"Namun sebagai penyerang saya sedar dan perlu melaksanakan tugas iaitu meledak jaringan bagi membantu pasukan serta diri sendiri."

Penyerang berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan konsisten sepanjang Sukan Asia apabila meledak gol dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.

Bermula dengan satu gol menentang Kyrgyzstan, dia terus mempamerkan sentuhan pembunuh dengan dua gol ketika menumbangkan Korea Selatan diikuti sepakan penalti ketika tewas kepada Bahrain.

"Kita akan mengikut taktikal yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan ketika menyerang dan bertahan.

"Mana-mana  pasukan yang bermain secara individu akan berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan," katanya.

Kali terakhir Malaysia menentang Jepun di pentas Sukan Asia adalah pada edisi 2010 ketika skuad negara tewas 2-0 pada peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:28 PM

Baddrol harap keajaiban

Selasa, 21 Ogos 2018 | 12:54pm
 
BADDROL bahtiar. - Foto Fathil Asri
Baddrol harap keajaiban
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain
sukanteam@nstp.com.my
CIKARANG: Tidak kira skuad mana yang dihantar Jepun ke Sukan Asia 2018, kapten negara, Baddrol Bakhtiar tidak memandang mudah aksi menentang negara Asia Timur itu.

Skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang skuad B-21 Jepun pada Jumaat ini dalam misi memburu tiket ke suku akhir.

"Bagi saya, Jepun tidak boleh dipandang rendah, mereka sudah lama dibentuk. Sudah pasti ia akan memberikan kelebihan dalam aspek itu.

"Selepas melihat sendiri aksi mereka tempoh hari, saya berpandangan Jepun sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta pertahanan yang ketat.

"Kita akan mengintai dan mencari kelemahan mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Saya harap kami mampu melakar satu lagi keajaiban untuk menang," jelas pemain berpengalaman itu.

Sebelum ini, Malaysia melakar kejutan menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E.

Menurutnya, skuad negara perlu bermain sebagai sebuah pasukan seperti sebelum ini selain mengikut perancangan Kim Swee dalam misi penting ini.

Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain malam tadi dalam aksi terakhir Kumpulan E namun tidak mengubah sebarang kedudukan kerana skuad negara sudah mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 21 Ogos 2018 | 12:54pm

Wednesday, 22 August 2018

Akhyar sudah sedia porak-perandakan benteng Jepun

Rabu, 22 Ogos 2018 | 5:45pm
 
MUHAMMAD Akhyar ketika sesi latihan skuad negara pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno, semalam. - Foto BERNAMA
Akhyar sudah sedia porak-perandakan benteng Jepun
Oleh Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain
sukanteam@nstp.com.my

JAKARTA: Pemain lincah negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid sudah bersedia sepenuhnya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Jepun pada aksi 16 terbaik acara bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Jumaat ini.

Penyerang Kedah itu dikasari dengan teruk dalam satu insiden di penghujung perlawanan menentang Bahrain selain mengalami sedikit kecederaan pangkal paha.

"Saya rasa tiada masalah besar dengan kecederaan ini, cuma kejang sedikit sebab bermain dua perlawanan penuh.

"Saya berharap tempoh rehat beberapa hari sebelum menentang Jepun mencukupi," katanya.

Dia memainkan peranan penting dalam kemaraan skuad negara dengan kelincahannya apabila meledak satu gol dan mendapatkan dua sepakan penalti.

"Saya sedar kami (Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid) di jentera serangan akan dikawal rapi, namun apa yang penting mengikut arahan jurulatih dan perlu menjaga kecergasan. Kami perlu bertukar hantaran dengan lebih pantas.

"Kami menyaksikan mereka menentang Vietnam tempoh hari, ternyata mereka bagus dalam aspek taktikal dan teknikal serta kecergasan," katanya.

Malaysia akan memburu tiket suku akhir menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga dekat Bekasi.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 22 Ogos 2018 | 5:45pm

Keajaiban harapan Baddrol

MyMetroArena
 
Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain
sukanteam@nstp.com.my

TIDAK kira skuad mana yang dihantar Jepun ke Sukan Asia 2018, kapten negara, Baddrol Bakhtiar tidak memandang mudah aksi menentang negara Asia Timur itu.

Skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang skuad B-21 Jepun pada Jumaat ini dalam misi memburu tiket ke suku akhir.

"Bagi saya, Jepun tidak boleh dipandang rendah, mereka sudah lama dibentuk. Sudah pasti ia akan memberikan kelebihan dalam aspek itu.

"Selepas melihat sendiri aksi mereka tempoh hari, saya berpandangan Jepun sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta pertahanan yang ketat.

"Kita akan mengintai dan mencari kelemahan mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Saya harap kami mampu melakar satu lagi keajaiban untuk menang," jelas pemain berpengalaman itu.

Sebelum ini, Malaysia melakar kejutan menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E.

Menurutnya, skuad negara perlu bermain sebagai sebuah pasukan seperti sebelum ini selain mengikut perancangan Kim Swee dalam misi penting ini.

Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain malam tadi dalam aksi terakhir Kumpulan E namun tidak mengubah sebarang kedudukan kerana skuad negara sudah mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Ogos 2018 @ 1:29 PM

Waspada ancaman Samurai Biru


Jepun miliki semangat juang tinggi, pertahanan yang cukup mantap
22 Ogos 2018 1:58 AM
BADDROL (kiri) optimis rakan sepasukan mampu melakar kejutan ke

BADDROL (kiri) optimis rakan sepasukan mampu melakar kejutan ke atas Jepun pada aksi 16 pasukan terbaik di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi Jumaat ini.

BEKASI, Indonesia – Kap­ten skuad bawah 23 tahun ­(B-23) negara, Baddrol Bakhtiar berharap dapat menggunakan pengalamannya di pentas antarabangsa bagi membantu pasukan mencipta kejutan ke atas skuad muda Jepun dalam pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 Jumaat ini.

Baddrol yang beraksi dalam ke­semua perlawanan peringkat Kumpulan E termasuk ketika tewas kepada Bahrain percaya skuad negara mempunyai kualiti untuk menewaskan skuad Samurai Biru itu.


Sebagai rekod, Malaysia minggu lalu mencipta kejutan dengan menewaskan pemenang pingat emas edisi 2014, Korea Selatan 2-1 untuk muncul juara kumpulan.

“Secara peribadi, saya tidak akan memandang rendah pasukan Jepun. Walaupun mereka masih muda tetapi pasukan itu telah lama dibentuk dan sudah tentu ia memberi kelebihan pada aspek persefahaman dan keserasian pemain.

“Kami berkesempatan untuk melihat aksi mereka menentang Vietnam minggu lalu dan saya berpandangan Jepun merupakan pasukan yang mempunyai sema­ngat juang tinggi selain kelebihan pertahanan yang cukup mantap,” katanya.

Ketua pasukan Kedah itu turut percaya peluang kedua-dua pasukan seimbang tetapi dengan syarat barisan pemain perlu menyudahkan peluang terhidang sebaik mungkin selain elakkan kesilapan mudah.

“Pasukan sudah tentu menyasarkan kemenangan dan barisan pemain perlu bijak mengintai ruang dan peluang serta menggunakan kelemahan mereka untuk mence­rahkan peluang ke suku akhir.

“Saya harap rakan-rakan sepasukan mampu melakar satu lagi sejarah kerana jika kita boleh menewaskan Korea Selatan, sudah tentu ada peluang untuk menundukkan Jepun,” ujar Baddrol.
SUMBER-KOSMO ONLINE 22 Ogos 2018 1:58 AM

Tuesday, 21 August 2018

Nyawa Pak Din hampir melayang


 MUHAMMAD NORDIN TUAH menunjukkan gambar kenangan ketika menyertai tentera serta kad pesara tentera m
 MUHAMMAD NORDIN TUAH menunjukkan gambar kenangan ketika menyertai tentera serta kad pesara tentera miliknya ketika ditemui di rumahnya di Padang Tembak, Teluk Intan, Perak, semalam.
21 Ogos 2018 3:00 AM

TELUK INTAN 20 Ogos – Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap 31 Ogos mungkin tidak begitu membawa makna bagi sesetengah rakyat khususnya golongan muda.

Namun, bagi pesara tentera, Muhammad Nordin Tuah, 78, atau lebih mesra dipanggil Pak Din, nyawanya hampir mela­yang ketika menentang komunis pada 8 Mac 1979 demi mempertahankan kedaulatan negara yang dibentuk pada tarikh keramat tersebut.

Bagi Muhammad Nordin, bukan mudah untuk negara mencapai kemerdekaan, namun lebih payah untuk mempertahankan kemerdekaan itu selepas pelbagai ancaman termasuk komunis masih bermaharajalela.

Menurut bekas Sarjan Bata­lion ke-14 Rejimen Askar Me­layu Diraja (RAMD) ini, dia tidak pernah melupakan detik cemas berhadapan komunis di Kroh, Perak yang kini dikenali sebagai Pengkalan Hulu itu.

“Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi ketika kami berkonvoi dengan menaiki tiga buah kenderaan dari Pekan Kroh menuju ke sebuah markas tentera berhampiran sempadan Malaysia-Thailand antara Air Panas dengan Betong untuk menghantar bekalan makanan.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya tidak sempat beri amaran kepada rakan lain yang berada di belakang kami dan saya lihat mereka sudah ter­kena tembakan. Saya juga turut terkena tembakan di tangan, perut dan peha,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Padang Tembak di sini baru-baru ini.

Tambah Muhmamad Nordin, tanpa berasa takut dan gentar beliau kemudiannya mencapai senapang dan terus berdiri dan menjerit Allahuakbar beberapa kali sambil melepaskan tembakan.

“Ketika itu saya sudah tidak fikirkan nyawa sendiri, apa yang penting komunis perlu dihapuskan dan bekalan makanan perlu selamat daripada dirampas mereka.

“Saya sendiri tidak tahu mana datang semangat untuk berdiri dalam keadaan cedera parah dan melawan musuh ketika itu,” katanya yang terkena lima das tembakan tepat selain serpihan peluru dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, selepas pihak musuh melihat dia menjerit Allahuakbar sambil melepaskan tembakan mereka terus melarikan diri ke dalam hutan.

Tambah Muhammad Nordin, dua rakannya terkorban dalam pertempuran itu, manakala lima lagi termasuk dirinya ce­dera dan diterbangkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Kata beliau, meskipun peluru di tangan, perut dan peha telah dibuang melalui beberapa pembedahan selepas kejadian itu, namun masih terdapat sebutir lagi peluru di pehanya yang masih boleh dirasai jika ditekan menggunakan jari.

Ditanya sama ada beliau trauma atau tidak selepas serangan itu, Muhammad Nordin berkata, perkataan trauma tiada dalam kamus hidupnya malah dirinya cukup bersyukur kerana diberi peluang untuk bertempur de­ngan komunis demi tanah air.

“Bukan senang untuk kita mencapai kemerdekaan malah banyak nyawa yang telah terkorban demi mempertahankannya. Kemakmuran dan keamanan yang negara kecapi sekarang bukan datang de­ngan sendiri, Jadi hargailah dan berusahalah untuk terus mempertahankannya,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nyawa-pak-din-hampir-melayang-1.733049#ixzz5OoYzOaZR
© Utusan Melayu (M) Bhd