Rabu, 22 Ogos 2018 | 5:45pm
MUHAMMAD Akhyar ketika sesi latihan skuad negara pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Gelora Bung Karno, semalam. - Foto BERNAMA
Akhyar sudah sedia porak-perandakan benteng Jepun
Oleh Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain
sukanteam@nstp.com.my
JAKARTA: Pemain lincah negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid sudah bersedia sepenuhnya untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Jepun pada aksi 16 terbaik acara bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Jumaat ini.
Penyerang Kedah itu dikasari dengan teruk dalam satu insiden di penghujung perlawanan menentang Bahrain selain mengalami sedikit kecederaan pangkal paha.
"Saya rasa tiada masalah besar dengan kecederaan ini, cuma kejang sedikit sebab bermain dua perlawanan penuh.
"Saya berharap tempoh rehat beberapa hari sebelum menentang Jepun mencukupi," katanya.
Dia memainkan peranan penting dalam kemaraan skuad negara dengan kelincahannya apabila meledak satu gol dan mendapatkan dua sepakan penalti.
"Saya sedar kami (Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid) di jentera serangan akan dikawal rapi, namun apa yang penting mengikut arahan jurulatih dan perlu menjaga kecergasan. Kami perlu bertukar hantaran dengan lebih pantas.
"Kami menyaksikan mereka menentang Vietnam tempoh hari, ternyata mereka bagus dalam aspek taktikal dan teknikal serta kecergasan," katanya.
Malaysia akan memburu tiket suku akhir menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga dekat Bekasi.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 22 Ogos 2018 | 5:45pm
No comments:
Post a Comment