Ad

Thursday, 23 August 2018

'Tak kisah siapa jaring, janji menang'

MyMetroArena
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain di Jakarta
sukanteam@nstp.com.my
 
PELEDAK utama negara Safawi Rasid tidak mahu 'tamak' malah tidak kisah siapa yang menjaringkan gol ketika menentang Jepun dalam aksi pusingan kedua esok.

Baginya, paling penting adalah skuad B-23 negara mara ke peringkat suku akhir terlebih dulu.

"Saya tidak kisah siapa yang meledak jaringan, janji keputusan positif kepada pasukan yang sudah mara sejauh ini,” kata Safawi.

"Namun sebagai penyerang saya sedar dan perlu melaksanakan tugas iaitu meledak jaringan bagi membantu pasukan serta diri sendiri."

Penyerang berusia 21 tahun itu mempamerkan persembahan konsisten sepanjang Sukan Asia apabila meledak gol dalam setiap perlawanan yang diharungi skuad negara.

Bermula dengan satu gol menentang Kyrgyzstan, dia terus mempamerkan sentuhan pembunuh dengan dua gol ketika menumbangkan Korea Selatan diikuti sepakan penalti ketika tewas kepada Bahrain.

"Kita akan mengikut taktikal yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan ketika menyerang dan bertahan.

"Mana-mana  pasukan yang bermain secara individu akan berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan," katanya.

Kali terakhir Malaysia menentang Jepun di pentas Sukan Asia adalah pada edisi 2010 ketika skuad negara tewas 2-0 pada peringkat kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 2:28 PM

No comments:

Post a Comment