MyMetroArena
Oleh Izzali Ismail
ALOR SETAR: Kedah kempunan meraih
mata penuh apabila sekadar seri 0-0 berdepan Kelantan pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar
tadi.
Keputusan ini jelas mengecewakan
Kedah yang mahu mencari tiga mata awal dengan kelebihan beraksi di laman
sendiri.
Kedah memperoleh peluang menerusi
sepakan percuma seawal minit pertama hasil cubaan pemain import Sandro Da Silva
namun melepasi palang gol Kelantan.
Selang enam minit kemudian, Kedah
sekali lagi mendapat peluang menerusi Akram Mahinan yang membuat kuisan hasil
dari hantaran pantas Hidhir Idris dari sebelah kanan namun berjaya ditepis
penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin.
Kelantan cuba bangkit dengan
sepakan percuma Syafiq Shaharudin pada minit ke-14 tetapi penjaga gol Kedah,
Ramdhan Hamid lebih bersedia dengan menepis bola keluar.
Kedah terus berusaha memburu gol
hingga penghujung separuh masa pertama menerusi Akram Mahinan, Sandro Da Silva
dan juga Andik Vermasyah yang dimasukkan pada hujung babak pertama tetapi masih
buntu menghasilkan gol.
Bermula babak kedua perlawanan,
Kedah terus memperkukuhkan jentera serangan dengan memasukkan penyerang utama, Paulo Rangel dan Syazwan
Zainon dengan Rangel hampir menghadiahkan gol untuk Kedah pada minit ke-71
namun peluang terhidang itu dilepaskan begitu saja.
Lima minit kemudian, Christianon
Marcolino hampir membolosi pintu gol Kedah namun percubaannya melepasi palang.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 5 Ogos 2018 @ 11:45 PM
No comments:
Post a Comment