Ad

Saturday 18 August 2018

Perbaiki kelemahan kita – Safawi Rasid


Perbaiki kelemahan kita – Safawi Rasid
17 Ogos 2018 3:00 AM
 SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.
JAKARTA 16 Ogos - Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Safawi Rasid percaya terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Korea Selatan dalam perlawanan kedua Kumpulan E Sukan Asia 2018 esok.

SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.
SAFAWI RASID menjaringkan dua gol ketika Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan kelmarin.
Safawi menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia menumpaskan Kyrgyzstan 3-1 dalam perlawanan pembukaan kumpulan semalam. Dia menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti dan kemudian menanduk masuk gol ketiga pada penghujung perlawanan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.


Katanya, aspek serangan antara perkara yang perlu diberikan perhatian ketika menentang gergasi Asia Timur itu sekiranya Malaysia mahu mencerahkan laluan ke pusingan kalah mati.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diatasi dan kita perlu lebih bersedia jika mahu meraih keputusan positif ketika bertemu Korea.

“Kami semua gembira dengan kejayaan meraih tiga mata penuh tetapi kemenangan itu masih belum mengesahkan tempat kami dalam pusingan seterusnya.

“Masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki termasuk penyudah peribadi yang saya perlu perkemaskan,” kata penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Malaysia kini berada di tempat kedua Kumpulan E, ketinggalan dari segi jumlah gol kepada Korea Selatan yang menumpaskan Bahrain 6-0 dalam satu lagi perlawanan semalam. Kyrgyzstan di tempat ketiga manakala Bahrain keempat.

Acara bola sepak Sukan Asia disertai 25 pasukan yang dibahagikan kepada enam pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan mendapat kelayakan automatik ke pusingan kedua, manakala empat pasukan dalam kelompok ketiga terbaik peringkat awal akan mengiringi mereka.

Ini bermakna, secara matematiknya, jika skuad negara yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee seri dengan Korea Selatan esok sudah cukup untuk mereka ke saingan kalah mati. – UTUSAN



SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/perbaiki-kelemahan-kita-8211-safawi-rasid-1.730748#ixzz5OWzoiK71
© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment