Ad

Friday, 10 August 2018

Padan muka kena singkir

MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
 
PEMAIN tengah skuad Bawah 23 tahun (B-23) Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Khalfan Al-Harazi yang mencetuskan pergaduhan pada aksi persahabatan bertemu Malaysia malam tadi digugurkan daripada senarai pemain ke Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak UAE (EFA) menerusi satu kenyataan di laman sesawangnya, hari ini.

Dalam kenyataan itu, EFA turut menyatakan permohonan maaf mereka kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas insiden itu yang dilihat tidak mencerminkan etika pemain UAE serta semangat kesukanan.

“EFA menyatakan rasa kekesalan ke atas insiden yang berlaku pada aksi bertemu Malaysia malam tadi yang berpunca daripada pemain kami, Mohammed Khalfan Al-Harazi yang tidak menunjukkan semangat kesukanan dan juga moral yang sentiasa menjadi slogan pasukan ini dam setiap perlawanan.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima, kami mengambil keputusan untuk menyingkirkan Mohammed Khalfan daripada senarai pemain skuad B-23 yang akan beraksi di Sukan Asia 2018.

“Selain itu, jawatankuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan ke atas Mohammed Khalfan mengikut prosedur dan undang-undang yang sudah ditetapkan selari dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” katanya.

Terdahulu, insiden pergaduhan pemain mencemari kemenangan 2-0 skuad (B-23) negara ke atas pasukan dari Timur Tengah itu pada aksi persahabatan terakhir di Stadium Shah Alam malam tadi.

Insiden pergaduhan itu berlaku pada masa kecederaan babak kedua dan ia tercetus selepas Khalfan mengasari pemain negara sebelum ada tindak balas daripada pemain kedua-dua pasukan.

Nyata insiden bertukar menjadi serius apabila pergaduhan menjadi semakin ‘marak’ sehingga ke luar padang dan merebak ke semua pemain termasuk di bangku simpanan.

Pada aksi persahabatan terakhir sebelum skuad B-23 negara ke Indonesia Isnin ini, anak buah Datuk Ong Kim Swee itu memastikan kemenangan hasil dua jaringan daripada Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Mohammad Akhyar Abdul Rashid (m-64).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 10:40 AM

No comments:

Post a Comment