Selepas Perang Dunia Kedua tamat, kerajaan British telah memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946. Butir-butir perlembagaan Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu lalu digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini menjadi teras sistem demokrasi berparlimen berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
B. Isi-Isi:
Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen
1. Yang Dipertuan Agong
- Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan perlembagaan di Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia, ketua negara ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan.
- Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
- Mengikut undang-undang parlimen Malaysia yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara (wakil dari perkhidmatan awam), Dewan Rakyat (wakil yang dipilih) dan badan kehakiman.
- Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua per tiga ahli Dewan Rakyat.
- Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada di negara-negara lain ialah Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu.
- Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
- Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Baginda juga boleh mengisytiharkan undang-undang tentera dan darurat.
2. Badan Legislatif/Parlimen
2.1 Dewan Negara
- Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat.
- Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, dan 43 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
- Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama ada dia akan dilantik dan dipilih semula.
2.2 Dewan Rakyat
- Dewan Rakyat terdiri daripada 222 wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya.
- Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undang-undang.
3. Badan Eksekutif
- Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada.
- Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.
- Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri
- Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain sebagai ahli.
- Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan.
- Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian, dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.
4. Badan Kehakiman
- Mahkamah merupakan badan bebas yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.
- Terdiri daripada Mahkamah Agung atau Persekutuan, Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah, Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri Sabah dan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam menjalankan kuatkuasa undang-undang sama ada kes sivil dan kes jenayah.
C. Kesimpulan.
Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga tahun 2000 adalah melalui proses demokrasi. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang digunakan ditentukan oleh perlembagaan. Jelaslah doktrin pengagihan kuasa tiga badan yang telah ditentukan mesti dipatuhi supaya tidal berlaku penyalah gunaan kuasa.
SUMBER-
JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940
No comments:
Post a Comment