ARKIB : 04/07/2005
KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan
menjadi pasukan pertama daripada Liga Perdana berjaya melayakkan diri ke
saingan Liga Super musim depan selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas
Polis di padang UiTM Shah Alam, semalam.
Dibantu oleh kegagalan PKNS
untuk menewaskan Terengganu apabila sekar mencatat keputusan seri 1-1
membolehkan Negeri Sembilan dinobatkan selaku juara Liga Perdana Kumpulan A.
K. Rajan meletakkan Negeri
Sembilan di depan pada minit ke-45 sebelum Latif Seriki menambah gol kedua pada
minit ke-83 manakala gol ketiga menyusul menerusi Christian Bekamenga pada
minit ke-88.
Bagaimanapun, saingan dalam
Kumpulan A masih terbuka walaupun Selangor berjaya menewaskan Kedah 1-0 di
Stadium Darul Aman.
Kini Selangor berdepan dengan
satu lagi ujian apabila MK Land kini menjadi penghalang terbaru yang boleh
meleburkan impian Merah Kuning untuk mengikut jejak langkah Negeri Sembilan
dengan baki dua perlawanan yang tinggal.
Gol kemenangan Selangor
dijaringkan oleh Muhammad Khalid Jamlus pada minit ke-37 apabila merembat
kencang di penjuru kiri gol tuan rumah.
Kekecewaan 35,000 penyokong
tuan rumah apabila Kedah gagal mengambil peluang dengan Selangor yang bermain
dengan sembilan pemain apabila Khalid dan Amri Yahyah di buang padang pada
minit ke-42 dan ke-57.
Di Stadium Selayang, penyerang
import baru Mario Mijatobic dari Croatia meledakkan jaringan hatrik bagi
membantu MK Land mencapai kemenangan besar menewaskan TNB 4-1.
Kemenangan itu cukup
menggembirakan buat MK Land untuk menduduki tangga kedua liga memintas Kedah
yang tewas 0-1 kepada Selangor.
Kini MK Land berpeluang cerah
untuk menyekat hajat Merah Kuning daripada layak ke Liga Super musim depan.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka
mengutip tiga mata berharga apabila mencapai kemenangan tipis 1-0 ke atas NTFA.
Gol kemenangan Melaka
dijaringkan oleh Farderin Kader menerusi tandukan kencangnya pada minit ke-11.
Di Stadium Negara Hasanal
Bolkiah, Kuala Lumpur mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Brunei.
Di Stadium Petaling Jaya, PKNS
gagal mencuri peluang dengan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila
sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Terengganu.
Keputusan itu meleburkan impian
PKNS untuk mencabar Negeri Sembilan menjulang Liga Perdana.
Di Stadium Jcorp Pasir Gudang,
Johor FC memahatkan kemenangan selesa apabila menewaskan Johor 1-0.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4ihql94N2
© Utusan Melayu (M) Bhd