Ad

Monday 29 May 2017

Rahmah Othman meninggal dunia



Rabu, 23 Mac 2016 @ 12:57 AM
 
GAMBAR FAIL bertarikh 11 Ogos 1994, Datuk Paduka Rahmah Osman. - Foto NSTP
Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Paduka Rahmah Othman, 77, (gambar) meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Tawakkal, malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggalkan dua anak perempuan iaitu Rahatulkhairani Mustapha dan Saidatulakmar Mustapha. Rahatulkhairani berkata, ibunya menghembus nafas terakhir di hadapan keluarga pada jam 10.15 malam.

"Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di taman itu pada jam 10 pagi ini," katanya.

Allahyarham pernah menang dalam pertandingan di Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum 1982 dan pada 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

 
SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136322

No comments:

Post a Comment