OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama masyarakat
agraria di Belanda berasaskan pertanian, penternakan dan tanaman hortikultur.
Pertanian
Kegiatan ekonomi utama ialah
pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis
tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan
seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel.Menurut K.H.D Halley,masyarakat
Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.
Hasil bijirin pula seperti barli, gandum,kekacang
dan oat.Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama tetapi merosot pada
abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh tanaman gandum Gandum menjadi
tanaman penting di Belanda menjelang abad ke-17. Menjelang abad ke-16, sebanyak
1150 kg hingga 1900 kilogram gandum dihasilkan bagi setiap hektar. Hasil
tanaman berlebihan akan dijual.
Petani-petani Belanda juga terlibat dalam
tanaman dagangan. Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang
seperti hemp, biji kol, dan mader.Menurut B.H Slicher van Bath biji cole
ditanam secara meluas di Utara Belanda. Tanaman ini menguntungkan kerana biji
cole diproses untuk menghasilkan minyak.Madder merupakan tanaman ang ditanam
secara meluas di bahagian Barat Daa Belanda.Akar tanaman ini diproses
untuk dijadikan serbuk pewarna ang
digunakan dalam industri tekstil. Tanaman semanggi ditanam di Wilayah Waes yang
terletak di Bahagian Utara Belanda sekiar tahun 1644. Menjelang abad ke-16
kegiatan penaman Hemp dilakukan secara meluas di Holland dan Utech. Hemp
digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.[1]
Penternakan
Masyarakat Belanda juga menjalankan
kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu
dan kambing. Permintaan tinggi untuk produk tenusu menyebabkan petani
melibatkan dii dalam penternakan lembu. Perkembangan ini menyebabkan petani-petani
di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.Kegiatan
penternakan lembu tenusu dijalankan secara ekstensif di Belanda. Mereka juga mengusahakan
perusahaan tenusu iaitu menghasilkan susu, mentega dan keju. Kawasan tenusu utama
ialah di utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda juga
banyak dieksport ke kawasan selatan.[2]
Selain lembu, penternakan kambing juga
dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind. Kambing
diternak untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar. Perangkaan
pada tahun 1561 menunjukkan bahawa terdapat 12000 ekor kambing di wilayah
Texel.
Hortikultur
Pertambahan penduduk dan
penigkatan taraf hidup menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur di sekitar
bandar-bandar. Pembangunan dalam sektor
ini disebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat hortikultur muncul
di sekitar bandar-bandar seperti Leiden dan Delft. Perkembangan pesat dalam
proses pembandaran menyebabkan muncul pusat-pusat hortikultur baharu di
daerah-daerah seperti De Langeddijk dan Enkhuizen.
Pekembangan bidang hortikutur meliputi
penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.Sayur-sayuran ditanam secara
meluas di daerah De Langedijk. Antara tanaman yang diusahakan termasuklah
bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi.Penanaman kobis dan
lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Sreek
yang terletak di daerah Enkuizen.
Penanaman buah-buahan dijalankan di
kawasan Aalsmeer dan Boskoop.Aasmeer menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan
teruama strawberi. Leiden merupakan
pusat hortikulur trebesar di Belanda.Menjelang abad ke-17, penanaman bunga
tulip dan hop ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas. Bunga hop
digunakan dalam industri menghasilkan minuman keras. Tadis menghasilkan minumna
keras beer daripada hop dapat dikesan sejak abad ke 14 lagi.[3]
Petempatan
Masyarakat membina penempatan
di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar
yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di
wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect
Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran
dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi
kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai untuk tujuan
pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan
secara insentif.
Masyarakat agraia Belanda juga
membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi
tujuan pertanian
Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik
dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan
untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan
ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.
Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang
dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.
Kaedah penggiliran tanaman juga mula
dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang
berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah
Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah
Brabant pada tahun 1800.
Pengenalan sistem pengiliran tanaman
telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
Penambakan laut untuk kawasan pertanian
Aktiviti penambakan laut telah dijalankan
untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17
kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian
tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah
pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij
alankan secara besar-besaran.[4]
[1] Ibid,24.
[2] “Masyarakat Agraria”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[3] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),28.
No comments:
Post a Comment