Ad

Tuesday 30 May 2017

Pilihan Selangor menang 3-1



ARKIB : 23/05/2005
 
SHAH ALAM - Pilihan Selangor dinobatkan selaku juara Piala Sultan Selangor 2005 selepas menewaskan pilihan Singapura 3-1 dalam perlawanan paling menarik dan mendebarkan di Stadium Shah Alam, semalam.

Kemenangan manis Selangor melenyapkan seteru utama Singapura - musuh tradisi sejak Piala Malaya pada 1921 bagi memahatkan gelaran kali ketiga menjulang Piala Sultan Selangor sejak kejohanan ini mula diperkenalkan pada 2001.

Sebelum ini, Selangor muncul juara sebanyak dua kali pada 2001 dan 2003 manakala tahun lalu, MPPJ yang mewakili skuad Merah Kuning sekadar muncul juara bersama.

Penyerang terbilang Selangor, Bambang Pamungkas yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 18 gol setakat ini, sekali lagi mempamerkan aksi menarik apabila memahatkan dua jaringan pada minit ke-12 dan minit ke-32 manakala satu gol lagi hasil jaringan pemain MK Land, Md. Noor Derus pada minit ke-37.

Gol saguhati pelawat pula hasil tandukan kencang Baihakki Khaizan pada minit ke-17.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut telah berkenan untuk menyampaikan trofi kepada Selangor yang muncul juara.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iY69nn9r
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment