Adam manfaat ketiadaan Aidil
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
KETIADAAN tonggak pertahanan
berpengalaman, Aidil Zafuan Abd Radzak yang tidak disenaraikan dalam kem
Harimau Malaya mahu dimanfaatkan sebaiknya oleh Adam Nor Azlin untuk
bergandingan dengan Shahrul Saad yang juga penolong ketua pasukan negara.
Menurut Adam, aksi kelayakan
Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste di Stadium Nasional
Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini adalah pentas terbaik buatnya untuk melakar
nama sekali gus mengisi kekosongan ditinggalkan pemain senior.
“Dalam apa jua perkara saya
lakukan, saya akan buat sehabis baik dan untuk latihan pusat kali ini saya mahu
merebut tempat dalam kesebelasan utama.
“Ketiadaan Aidil akan saya
gunakan bagi menambat perhatian jurulatih, namun saya akui bukan mudah kerana
ada lagi pemain lain yang bagus boleh mengisi tempat itu,” kata bekas pemain
Selangor itu.
Berdasarkan senarai nama yang
dipanggil Tan Cheng Hoe kali ini, saingan lima penjuru bagi merebut posisi
pertahanan tengah dijangka berlaku dengan satu tempat sudah pasti menjadi milik
Shahrul Saad.
Selain Shahrul, Adam bakal
dicabar rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan, Irfan
Zakaria (Kuala Lumpur) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC).
“Persaingan rebut tempat memang
sengit. Saya anggap ia persaingan sihat dan berharap dapat memikat hati
jurulatih dalam latihan nanti,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Isnin, 3 Jun 2019 @ 6:20 AM
No comments:
Post a Comment