Ad

Wednesday, 5 June 2019

Safawi tak makan rendang, lemang

 
05 Jun 2019 10:58 PM
KUALA LUMPUR - Sambutan Aidilfitri dan hujan tidak melemahkan semangat pemain Harimau Malaya untuk meneruskan latihan menjelang aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste.

Ketika umat Islam dan rakyat Malaysia meraikan 1 Syawal, pemain skuad bola sepak sebaliknya sedang gigih membuat persiapan untuk dua perlawan menentang Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini dan Selasa depan.


Selain suasana perayaan, pemain juga terpaksa mengawal pengambilan makanan untuk menjaga kecergasan mereka.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Nepal di venue sama dalam aksi persahabatan Ahad lalu, kembali meneruskan latihan hari ini selepas meluangkan masa bersama keluarga selama dua hari.

Antara pemain yang turun padang adalah pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba serta La'Vere Corbin-Ong.

"Tahun ini saya tak makan lemang dan rendang sebab saya tahu sebagai pemain profesional, saya ada tanggungjawab terhadap negara dan tahu apa yang perlu dimakan.

"Pagi tadi saya hanya makan sedikit nasi minyak ketika beraya bersama keluarga di Terengganu.

"Bagi saya tiada masalah kerana perlawanan ini sangat penting buat pasukan dan kami harus mendapatkan kemenangan. Kita tidak boleh mengambil mudah Timor Leste perlu beri fokus 100 peratus.

"Jadi, kita kena lupakan Hari Raya buat seketika dan fokus pada persiapan.

"Hari Raya boleh disambut setiap tahun, tapi kelayakan ini hanya empat tahun sekali," kata Safawi ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini, hari ini.sumber – BERNAMA 05 Jun 2019 10:58 PM

No comments:

Post a Comment